awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu Johor, Perak kekal sokongan kepada kerajaan negeri

Bernama
Bernama
16/08/2021
15:21 MYT
Bersatu Johor, Perak kekal sokongan kepada kerajaan negeri
Dr Sahruddin berkata sokongan itu kekal meliputi kesemua 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menyatakan pendirian terus kekal menyokong kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) Johor, yang dipimpin UMNO susulan pengumuman peletakan jawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan jemaah menterinya.
Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Bersatu Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata sokongan itu kekal meliputi kesemua 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu.
"Setakat ini, insya-Allah kekal. Bersatu Johor masih menyokong kerajaan negeri Johor sehinggalah ada arahan selanjutnya dari pucuk pimpinan parti," kata ADUN Bukit Kepong secara ringkas ketika dihubungi menerusi Whatsapp, di sini, pada Isnin.
UMNO Johor memimpin kerajaan negeri dengan 14 kerusi, diikuti Bersatu 12 kerusi termasuk DUN Gambir yang disandang Muhyiddin, MIC (dua) dan Pas (satu) manakala pembangkang dibarisi DAP dengan 14 kerusi, Amanah (6) dan PKR (7).
"Ya, saya menyokong penuh dengan kuat terhadap Yang Amat Berhormat Datuk Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar, kerana beliau merupakan seorang Menteri Besar yang kompeten dalam menjalankan tugasnya," kata Dr Sahruddin.
Terdahulu, Dr Sahruddin yang juga Setiausaha PN Johor dalam satu kenyataan berkata, desakan pihak-pihak tertentu agar Perdana Menteri meletakkan jawatan pada kadar segera ketika negara sedang diuji dengan pandemik COVID-19, bukanlah satu penyelesaian.
Di IPOH, Bersatu Perak turut menyatakan sokongannya kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) negeri yang diketuai UMNO, meskipun Muhyiddin telah meletakkan jawatannya beserta seluruh jemaah menteri di peringkat Persekutuan.
Ketua Penerangan Bersatu Perak Kader Maiden Hussin berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan lanjut untuk membincangkan perkembangan terbaharu ini bersama kepimpinan parti negeri.
"Kita menyokong penuh kerajaan negeri buat masa ini, bagaimanapun ia turut berpandu kepada keputusan pucuk pimpinan Bersatu di Pusat.
"Saya juga akan adakan pertemuan dengan Pengerusi Bersatu Negeri yang juga Timbalan Presiden Parti Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, untuk mendapatkan perincian lanjut berkenaan perkara ini dalam masa terdekat," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.
Pada Disember lepas, Kerajaan negeri Perak dibentuk dengan 34 kerusi atas gabungan tiga parti iaitu Barisan Nasional (BN) dengan 26 kerusi, diikuti Bersatu (6) dan Pas (3) diterajui Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar.
DUN Perak mempunyai 59 ahli keseluruhan dan memerlukan 30 kerusi untuk majoriti mudah. Berdasarkan jumlah semasa, UMNO memiliki 26 kerusi dalam DUN Perak, diikuti DAP (15), AMANAH (5), Bersatu (6), PAS (3), PKR (3) dan bebas (1).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor
#Bersatu
#Perak
#sokong kerajaan negeri
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan