awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu junjung kasih perkenan Agong, terus sokong PM, TPM

Astro Awani
Astro Awani
04/08/2021
10:45 MYT
Bersatu junjung kasih perkenan Agong, terus sokong PM, TPM
Bersatu memohon semua pihak terus menyokong dan memberi kerjasama penuh terhadap pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada rakyat dan negara.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan semua ahli Bersatu akan terus menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk menerajui kepimpinan kerajaan.
“Bersatu yakin dan percaya segala inisiatif kerajaan seperti Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan pakej-pakej bantuan kepada rakyat bagi menangani pandemik COVID-19 dapat berjalan dengan lancar dan teratur mengikut perancangan yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru katanya, Bersatu memohon semua pihak terus menyokong dan memberi kerjasama penuh terhadap pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dirangka oleh kerajaan Perikatan Nasional bagi membawa negara keluar daripada kemelut pandemik COVID-19. [LAPOR LANGSUNG] 'Ada pihak cetuskan kemelut politik, mahu saya campuri urusan mahkamah' - PM
Muhyiddin dalam Perutusan Khas pada Rabu berkata beliau masih mempunyai sokongan majoriti dan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri tidak berbangkit.
Katanya, beliau telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu, bahawa sejumlah Surat Akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat, yang menurut dirinya masih mempunyai sokongan majoriti.
Jelas Perdana Menteri lagi, Agong telah berkenan untuk beliau menentukan keabsahannya di Parlimen melalui undi percaya pada September ini.
[TERKINI] Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin | 04 Ogos 2021
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Bersatu
#Parti Bersatu
#Ahmad Faizal Azumu
#Muhyiddin Yassin
#ismail sabri yaakob
#pandemik
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan