awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DJ Dave kekal bersemangat menyumbang kepada dunia seni
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu pecat Saifuddin Abdullah

Khalis Khadir
Khalis Khadir
06/01/2026
13:17 MYT
Bersatu pecat Saifuddin Abdullah
Lembaga Disiplin Bersatu memberi tempoh 14 hari berkuat kuasa pada Isnin untuk Saifuddin mengemukakan rayuan dan beliau mengesahkan akan merayu di atas keputusan tersebut. - Bernama
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memecat ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkuat kuasa hari ini.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, beliau menerima makluman mengenai pemecatannya menerusi kiriman surat di WhatsApp.
“Notis keputusan itu betul, saya terima petang tadi. Saya akan buat rayuan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Menurut sepucuk surat Lembaga Disiplin Bersatu, pemecatan Saifuddin diputuskan dalam satu mesyuarat pada Isnin.
Surat berkenaan menyatakan Saifuddin dipecat hak keahlian dalam parti kerana tindakannya melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti yang mewajibkan ahli mematuhi perlembagaan, kod etika dan tatakelakuan parti.
Bagaimanapun, Lembaga Disiplin Bersatu memberi tempoh 14 hari berkuat kuasa pada Selasa untuk Saifuddin mengemukakan rayuan.
Saifuddin memaklumkan, beliau akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.
November tahun lalu, bekas Pengerusi Perikatan Nasional Pahang itu dipanggil Lembaga Disiplin Bersatu untuk siasatan susulan gesaannya supaya Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Abdullah
#Bersatu
#dipecat
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan