Bersatu pecat Wan Saiful, gantung keahlian Wan Ahmad Fayhsal

Selain Wan Saiful, empat lagi ahli turut dipecat selepas sesi pendengaran pada 8 Oktober 2025, berdasarkan siasatan menyeluruh oleh Lembaga Disiplin. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah memecat keahlian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Wan Saiful Wan Jan, susulan pelanggaran perlembagaan dan kod etika parti.
Ringkasan AI
- Bersatu memecat Datuk Wan Saiful Wan Jan dan menggantung keahlian Wan Ahmad Fayhsal selama satu penggal atas pelanggaran perlembagaan dan kod etika parti.
- Selain Wan Saiful, empat lagi ahli turut dipecat selepas sesi pendengaran pada 8 Oktober 2025, berdasarkan siasatan menyeluruh oleh Lembaga Disiplin.
- Lembaga Disiplin menegaskan keputusan dibuat secara telus dan adil, serta memberi hak kepada ahli terlibat untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari.
Sesi pendengaran telah diadakan pada 8 Oktober 2025, dan tindakan disiplin diambil berdasarkan siasatan menyeluruh serta selaras dengan Fasal 9.1.4 dan Kod Etika & Tatakelakuan Ahli.
Selain Wan Saiful, empat lagi ahli turut dipecat iaitu Mohd Azrudin Md Idris, Mohd Faizal Asmar, Mohd Fahdli Ismail dan Mohd Isa Mohd Saidi.
Lembaga Disiplin menegaskan bahawa semua keputusan dibuat secara bebas, telus dan adil tanpa campur tangan pihak luar.
Ahli yang dikenakan tindakan berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 14 hari.
“Lembaga Disiplin menyeru semua ahli agar terus mematuhi perlembagaan dan kod etika demi menjaga integriti serta nama baik parti,” menurut kenyataan itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami