KUALA LUMPUR: Pindaan Perkara 10 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), akan membolehkan enam Ahli Parlimen mereka yang bertindak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengosongkan kerusi masing-masing.
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perlembagaan Bersatu ketika ini hanya membolehkan kepimpinan parti menggantung enam Ahli Parlimen tersebut, tanpa memberi kesan kepada kerusi Parlimen mereka.
Kata bekas Perdana Menteri itu lagi, perbuatan enam Ahli Parlimen tersebut, yang kononnya menyokong PM atas alasan tiada peruntukan, merupakan satu perbuatan hipokrit, dan tidak menghormati perjuangan parti dan mandat rakyat.
“Kita terpaksa membuat pindaan ini kerana terdapat enam Ahli Parlimen Bersatu yang mengkhianat, khianat pada perjuangan parti kita, menyokong musuh parti kita tanpa mereka keluar dari Bersatu. Patut mereka keluarlah! Tetapi tak nak keluar!
“Sebab itu kita buat keputusan untuk gantung, berapa lama? Maksimum yang digantung enam tahun. Maknanya dia masih Ahli Bersatu. Jadi dalam keadaan tak berapa menentu, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) membincangkan secara terperinci dan ambil keputusan hari ini untuk pinda perlembagaan,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung Bersatu di IDCC Ideal Convenction Centre Selayang di sini hari ini.
Untuk rekod, enam Ahli Parlimen tersebut ialah Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan)
Pada Februari lepas, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dilaporkan berkata, kesemua enam Ahli Parlimen tersebut tidak perlu mengosongkan kerusi masing-masing, biarpun sudah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.
Beliau berkata, mereka masih kekal dengan kerusi masing-masing selagi mana mereka tidak bertindak keluar daripada Bersatu.
Melalui pindaan tersebut, difahamkan, mana-mana Ahli Bersatu yang merupakan wakil rakyat, yang melakukan ketidakpatuhan terhadap apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi, disifatkan terhenti keahliannya secara serta-merta.
Susulan itu, Setiausaha Agung di atas arahan Majlis Pimpinan Tertinggi, perlu mengeluarkan notis kepada ahli berkenaan untuk memaklumkan penamatan keahlian secara serta-merta.
Dalam pada itu Muhyiddin berkata, beliau yakin pindaan tersebut akan mendapat sokongan sebulat suara daripada perwakilan yang hadir, dan proses seterusnya ialah untuk memaklumkan pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Tambahnya lagi, pihak pimpinan parti juga akan berusaha memastikan keenam-enam kerusi Ahli Parlimen itu dikosongkan, dan seterusnya memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil.
“Speaker Parlimen, apabila Bersatu hantar notis (kelak) supaya enam kerusi ini, iaitu Labuan, Kuala Kangsar, Bukit Gantang, Jeli, Gua Musang dan Tanjong Karang ini dikosong, jangan Speaker berdolak dalih.
“Perlembagaan Persekutuan kata automatik kerusi mesti dikosong (jika mereka hilang keahlian). Prosedur seterusnya, dibawa kepada RoS, dan bila ia boleh dilaksanakan, maka Setiausaha Agung akan menghantar surat kepada mereka.
“Nak sokong (Bersatu) lagi ke tidak. Mana tahu, dah Insaf, minta maaf, dah sedar, itu parti akan pertimbang. Tapi kalau masih sokong PMX, pergi. Kita sudah pun bersedia untuk menghadapi PRK,” tegasnya lagi.
Firdaus Azil
Sat Mar 02 2024
Muhyiddin berucap di Perhimpunan Agung Bersatu di IDCC Ideal Convenction Centre Selayang di ibu negara hari ini. - Foto Astro AWANI
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
Bersatu pinda perlembagaan, mahu enam MP kosongkan kerusi untuk PRK
Pindaan perlembagaan parti Bersatu akan membolehkan enam Ahli Parlimen mereka yang menyokong Perdana Menteri untuk diarah mengosongkan kerusi mereka.