awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu: Radzi Jidin dilantik Ketua Badan Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan

Bernama
Bernama
02/11/2023
11:54 MYT
Bersatu: Radzi Jidin dilantik Ketua Badan Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan
Radzi Jidin hari ini dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan berkuat kuasa serta-merta bagi menggantikan Suhaili. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Radzi Jidin hari ini dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan berkuat kuasa serta-merta bagi menggantikan Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman.
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam kenyataan hari ini memaklumkan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu juga memutuskan bahawa Badan Pimpinan Negeri akan mengambil alih pengurusan Bahagian Kuala Kangsar dan Labuan.
Beliau berkata langkah itu diambil sementara menunggu keputusan Lembaga Disiplin terhadap kedua-dua Ketua Bahagian berkenaan, yang juga merupakan Ahli Parlimen (Suhaili dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid).
"Seluruh Ahli Parlimen Bersatu kekal istiqamah bersama kepimpinan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sebarang cubaan pihak luar untuk memecahbelahkan kesatuan parti melalui tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Labuan tidak akan berjaya," katanya.
Iskandar Dzulkarnain dan Suhaili masing-masing mengumumkan sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 12 dan 30 Okt lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersatu
#kesatuan parti
#ahli Parlimen
#menunggu keputusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan