IPOH:Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) menyambut baik pengumuman UMNO melaksanakan gencatan politik dan menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional.
Malah, kata Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, langkah itu patut dicontohi semua parti politik ketika kerajaan sedang berusaha untuk memutuskan penularan pandemik COVID-19.
Beliau yakin, rakyat juga mahukan ahli politik, baik kerajaan mahupun pembangkang, bersama-sama mencari jalan untuk memulihkan ekonomi, seterusnya membantu rakyat yang terkesan.
“Ini fokus yang saya kira semua pemimpin patut sambut baik dan saya harap tak ada lagi pemimpin-pemimpin yang mendakwa itu ini dan mengambil masa DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk menghadap (untuk tujuan) nak tubuh kerajaan dan sebagainya.
“Semua orang bagi sokongan kepada kerajaan sedia ada demi kebaikan rakyat dan apabila tiba masanya, saya percaya Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan kalau dibubarkan Parlimen dan sebagainya, berpolitiklah balik,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Besar Perak ditemui selepas majlis penyampaian insentif kemenangan sukan hoki dan kriket di sini, hari ini.
Semalam (Rabu, 21 Oktober) Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan UMNO melakukan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani COVID-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan.
Menurutnya, parti itu juga dalam masa sama mengambil pendirian untuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional dalam memberi fokus kepada agenda membantu rakyat dan negara mendepani COVID-19 serta kegawatan ekonomi.
Menurut Ahmad Faizal, sejak dari dahulu lagi, beliau berpendirian bahawa semua pemimpin politik perlu fokus kepada bekerja dan berkhidmat untuk rakyat sebaik sahaja selesai pilihan raya.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata, beliau mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pemimpin UMNO dan Pas di negeri Perak.
Oleh itu, beliau enggan memberi sebarang ulasan berhubung kenyataan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad yang mendakwa Menteri Besar tidak menghargai semangat muafakat dan kerjasama yang dipersetujui ketika membentuk kerajaan Perikatan Nasional.
Menurutnya, jika beliau memberi ulasan, dibimbangi ia akan disalah tafsirkan oleh pihak lain.
“Cuma yang nak saya sampaikan, semalam kami telah mengadakan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak dan fokus kerajaan hari ni adalah untuk meneruskan kerja, memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
“Banyak seperti yang saya umumkan baru-baru ini diskaun-diskaun tunggakan tanah semua ni dilanjutkan dan inilah perkara-perkara yang rakyat nak nantikan,” ujarnya.
Pada Isnin, Saarani melahirkan rasa kecewa kerana mendakwa persefahaman serta perjanjian ketika pembentukan kerajaan negeri Perikatan Nasional sudah tidak dihormati.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal berkata, Perak akan membantu kerajaan negeri Sabah yang sangat terkesan dengan penularan COVID-19 sehingga diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menurutnya, beliau akan berbincang dengan Pejabat Kewangan Negeri, untuk menyampaikan sedikit bantuan kepada kerajaan negeri Sabah.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Oct 22 2020
Ahmad Faizal berpendirian bahawa semua pemimpin politik perlu fokus kepada bekerja dan berkhidmat untuk rakyat sebaik sahaja selesai pilihan raya. - Gambar fail
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Ahli Parlimen cadang gencatan politik demi kestabilan ekonomi, perpaduan negara
Polarisasi politik dilihat mampu memecahbelahkan masyarakat ke tahap yang amat membimbangkan dan menimbulkan syak wasangka dalam kalangan rakyat.
Kerajaan tak wajib bubar Parlimen jika MoU tamat - Anwar
Kata Anwar penamatan tempoh perjanjian MoU gencatan politik yang bakal berakhir selepas Julai tahun ini belum pasti akan mencetuskan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahli politik disaran lakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan - Syed Ali
Selagi tiada semangat sebegitu, selagi itulah ahli politik akan saling tuduh-menuduh, aib-mengaibkan dan cabar-mencabar sesama mereka.
Perlu gencatan politik, tetapan semula sistem tangani pelbagai masalah - Saifuddin
Saifuddin berkata, langkah itu seiring titah nasihat Yang di-Pertuan Agong yang mahukan pergeseran dan pertelingkahan politik dikurangkan.
Lakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan - Syed Ali
Semua pihak khususnya pemimpin, penyokong dan pemain politik diminta mengambil pendekatan untuk melakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan ini.
UMNO mahu pilihan raya umum selepas COVID-19 terkawal
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mandat rakyat perlu dikembalikan bagi mengujudkan kerajaan yang stabil.
Gencatan politik: 'Bukan masa untuk bernostalgia' - Penganalisis
Isu perebutan kuasa, jawatan mahupun hal parti haruslah dikurangkan kerana rakyat dilihat muak dan jemu dengan 'politiking' keterlaluan ketika ini.
Bersatu sambut baik pengumuman gencatan politik UMNO
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, langkah itu patut dicontohi semua parti politik ketika kerajaan sedang berusaha memutuskan penularan COVID-19.
DAP persoal gencatan politik oleh UMNO
Dakwa Kit Siang, keputusan Ahmad Zahid membayangkan UMNO takut kehilangan rakan mereka iaitu Pas dalam Muafakat Nasional
'Laporan u-turn, mesyuarat 4 jam tidak benar' - Annuar sokong gencatan politik Zahid
Mengadakan pilihan raya juga bukanlah tindakan yang mampu menyelamatkan rakyat, malah ia hanya memporak-perandakan keadaan.