Bersatu tubuh jawatankuasa tapis permohonan bekas pemimpin UMNO

Astro Awani
Disember 17, 2018 11:17 MYT
Muhyiddin menegaskan, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu akan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak permohonan tersebut setelah menerima laporan daripada jawatankuasa yang ditubuhkan. - Gambar fail
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk meneliti dan menapis permohonan keahlian daripada bekas pemimpin UMNO, kata Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Jawatankuasa ini, kata beliau, akan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Menteri Besar Kedah.
"Jawatankuasa ini akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan yang diterima untuk memastikan pemohon tidak terpalit dengan sebarang amalan rasuah, salah guna kuasa dan jenayah.
"Bersatu akan mendapatkan kerjasama daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan proses tapisan ini.
"Selain itu, penilaian dari sudut politik juga akan dilakukan secara dalaman," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin petang.
Muhyiddin juga menjelaskan, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu akan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak permohonan tersebut setelah menerima laporan daripada jawatankuasa tersebut.
Mengulas mengenai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang telah menyerah borang untuk menyertai Bersatu, Muhyiddin berkata permohonan itu juga tertakluk kepada proses tapisan yang akan dibuat oleh jawatankuasa ini.
"Adalah tidak adil di peringkat ini untuk mengandaikan bekas pemimpin UMNO yang menyerahkan borang permohonan keahlian telah diterima menjadi ahli secara automatik.
"Permohonan mereka hendaklah dinilai terlebih dahulu sebelum Majlis Pimpinan Tertinggi membuat sebarang keputusan mengenainya," kata Muhyiddin lagi.
BACA: Bersatu tidak terima pemohonan keahlian secara membuta tuli - Muhyiddin
BACA: "Saya benar-benar sedih tinggalkan UMNO, tetapi.. " - Rahim Thamby Chik
BACA: Anggota Parlimen lompat parti perlu dedah dakwaan rasuah pemimpin UMNO
BACA: Lompat parti: Demi peroleh dua pertiga majoriti Parlimen - Saifuddin
BACA: Keluar UMNO? Jangan percaya, kata Idris Jusoh
BACA: 'Tinggalkan UMNO sebab elak mudarat lebih besar' - Rosol
BACA: Hamzah Zainudin antara 6 ahli Parlimen keluar UMNO
BACA: Ahli Parlimen Tanah Merah umum keluar UMNO
#Abdul Rahim Tamby Chik #Bersatu #Malaysia #Muhyiddin Yassin #Mukhriz Mahathir #PDRM #permohonan #SPRM #UMNO