awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biarlah PAS berseorangan, tidak perlu sertai BN - Mohd Amar

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
26/07/2015
08:41 MYT
Biarlah PAS berseorangan, tidak perlu sertai BN - Mohd Amar
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengulangi pendirian PAS tidak perlu menyertai atau bergabung dengan Barisan Nasional. - Foto Astro AWANI
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan PAS masih kecewa dengan sejarah lampau yang menyaksikan ia berakhir dengan parti itu diusir dari Parti Perikatan pada 1977.
Justeru, beliau mengulangi pendirian PAS selama ini iaitu tidak perlu ia menyertai atau bergabung dengan Barisan Nasional (BN).
"PAS tidak akan masuk BN. Cukuplah sekali kita kena dan tidak akan berulang," kata Mohd Amar ketika ditemui media pada majlis perasmian blok bangunan Kolej Islam Dan Sains (KIAS) di Nilam Puri pada Ahad.
Namun beliau menyerahkan sepenuhnya nasib dan keputusan masa depan politik PAS kepada Majlis Syura Ulama.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mengulas mengenai kedudukan PAS sama ada kekal bersama blok pembangkang atau menjalinkan kerjasama dengan BN.
Pada masa yang sama katanya, PAS juga bersedia dengan senario kemungkinan sekutunya PKR tidak mahu bersama dalam perjuangan pembangkang sebaliknya membentuk kerjasama baharu dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) dan DAP.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#Mohd Amar Nik Abdullah
#Parti Perikatan
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan