awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Malaysia - Bangkitnya sebuah negara yang tidak lagi mahu ketinggalan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITIK

Bila DUN akan bubar, biar saya yang fikir - Hajiji

Fadhil Selihin
Fadhil Selihin
18/06/2025
10:15 MYT
Bila DUN akan bubar, biar saya yang fikir - Hajiji
Hajiji (depan, dua dari kanan) dalam sebuah majlis yang berlangsung di Putatan, Sabah, hari ini. - Astro AWANI
PUTATAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa beliau sebagai Ketua Menteri.
Menurut Hajiji, pilihan raya negeri tetap akan diadakan, sama ada lebih awal atau mengikut tempoh penggal yang sepatutnya.
"Itu saya yang fikir. Orang lain jangan fikir sangatlah. Sebagai Ketua Menteri saya akan menentukan nanti tetapi jelas bahawa tidak berapa lama lagi kita akan mengadakan pilihan raya umum.
"Sama ada kita suka awal atau lambat, tetap ia mesti diadakan,” katanya ketika ditemui di Putatan, hari ini.
Tambah beliau, beberapa perbincangan awal telah diadakan berhubung pembubaran DUN dan keputusan rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Jadi tunggu, kita serah balik kepada rakyat untuk memutuskan siapa kerajaan yang mereka mahu. Perbincangan awal sudah ada, jadi kita akan menamatkan dalam masa terdekat sebelum bubar… BN? Tanyalah BN apa dia mau,” katanya lagi.
Setakat ini, tiada tarikh rasmi diumumkan namun kenyataan itu memberi gambaran jelas bahawa Pilihan Raya Negeri ke-17 bakal diadakan dalam waktu terdekat.
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#budar DUN
#pilihan raya negeri
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami