awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN akan cadang nama Pengerusi PAC baharu - Ahmad Zahid

Astro Awani
Astro Awani
12/12/2018
21:37 MYT
BN akan cadang nama Pengerusi PAC baharu - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kerusi Parlimen Cameron Highlands tetap milik MIC untuk ditandingi pada Pilihan Raya Kecil kelak. - Gambar fail
Barisan Nasional (BN) akan mencadangkan calon lain bagi menggantikan Datuk Seri Ronald Kiandee sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Ini kerana, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, manifesto Pakatan Harapan (PH) menyatakan jawatan pengerusi PAC dikhaskan kepada anggota Parlimen daripada pembangkang.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media pada Rabu, susulan tindakan pemimpin dari Sabah itu keluar UMNO pada Rabu, menurut Bernama.
Kiandee sementara itu berkata, beliau pula tidak boleh meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PAC walaupun sudah membuat keputusan meninggalkan UMNO sehingga Parlimen membuat keputusan lanjut berhubung perkara itu.
Wakil rakyat Beluran itu adalah antara enam Ahli Parlimen, sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), dua senator dan 21 Ketua UMNO Bahagian negeri yang meninggalkan parti pada Rabu, sekali gus menjadikan ia hampir lumpuh di Sabah.
BACA: Riwayat UMNO Sabah belum berakhir - Pemuda UMNO
BACA: 13 wakil rakyat UMNO Sabah, termasuk pengerusi negeri keluar parti
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata kerusi Parlimen Cameron Highlands tetap milik MIC untuk ditandingi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kelak.
MIC pada Rabu dilaporkan berkata ia tidak akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan kemenangan calon BN dari MIC, Datuk C. Sivarraajh, bagi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 adalah terbatal dan tidak sah kerana berlaku amalan rasuah.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#C Sivarraajh
#Cameron Highlands
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#keluar parti
#letak jawatan
#MIC
#PAC
#Parlimen
#pembangkang
#Ronald Kiandee
#UMNO
#UMNO Sabah
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan