awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN akan terus beri perkhidmatan kepada pengundi DUN Nenggiri - Mustapa

Bernama
Bernama
02/06/2017
00:16 MYT
BN akan terus beri perkhidmatan kepada pengundi DUN Nenggiri - Mustapa
MUSTAPA: Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa beliau dan pada masa yang sama berharap insiden ini menjadi teladan.
Barisan Nasional (BN) Kelantan akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri walaupun penyandangnya dari UMNO dilucutkan kelayakan sebagai wakil rakyat, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata pihaknya akur dengan keputusan dibuat Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub yang melucutkan kelayakan penyandang kerusi itu, Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani kerana muflis.
"Sepanjang berkhidmat selaku Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, saudara Mat Yusoff telah memberi khidmat terbaik dan penuh komitmen kepada pengundi Nenggiri.
"Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa beliau dan pada masa yang sama berharap insiden ini menjadi teladan kepada wakil-wakil rakyat Barisan Nasional yang lain supaya ia tidak berulang di masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis malam.
Sebelum ini, Abdullah dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim petang Rabu mengisytiharkan kerusi DUN Nenggiri kosong berikutan penyandangnya Mat Yusoff diisytiharkan muflis, selepas menerima surat pemakluman daripada Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor pada 28 Mei lepas.
Beliau berkata Perkara 31(1)(b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan menyatakan seseorang yang muflis dan masih belum diselesaikan tidak layak menjadi ADUN Kelantan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#Barisan Nasional
#mat yusoff abdul ghani
#Mustapa Mohamed
#Nenggiri
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan