SHAH ALAM: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengakui bersetuju dengan kenyataan Pas bahawa penyatuan ummah lebih besar daripada kerjasama politik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun, beliau menegaskan, Pas terlebih dahulu telah memilih Perikatan Nasional (PN) untuk menentang Barisan Nasional (BN) dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.
"Pas sudah mengenepikan warna hijaunya sendiri memilih biru PN untuk lawan BN.
"BN biarlah dengan BNnya. Medan tempur telah kita lalui bersama di Melaka dan Johor. Kata-mengata, gelar-menggelar sudah dilemparkan. No hard feelings. Nothing personal.
"Selepas itu masing-masing masuk pejabat dan bermesyuarat bersama dalam sebuah kerajaan," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.
Pada Ahad, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan bahawa Pas masih berpendirian penyatuan ummah adalah lebih besar daripada penyatuan politik kepartian atau kerjasama politik dalam menghadapi PRU15.
Menurutnya, ummah juga tidak akan berpecah tanpa kerjasama politik.
"Ulang balik di PRU15. Kalau ada rezeki boleh duduk sekali lagi bersama dalam kerajaan.
"Khabarnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pun sedang cari khemah besar. Cari formula nak jadi Perdana Menteri ke-10. Mudahan Pas tak ditinggalkan. Kalau ada rezeki, tak kira dengan siapa, Pas tetap dalam kerajaan.
"Ummah tak pecah pun tanpa kerjasama politik. chill, relaks dan sejukkan hati," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon May 09 2022

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata medan tempur telah dilalui bersama di Melaka dan Johor. - Foto fail/BERNAMA

AFCON 2023 ditunda ke Januari 2024
Kejohanan itu sepatutnya diadakan di Ivory Coast pada waktu rehat kejohanan-kejohanan di Eropah tahun depan.

Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula
Bilik yang dinamakan sebagai Alpha Aerospace itu, pada asalnya merupakan Bilik Pendidikan Bahasa Arab J-QAF.

AWANI Pagi: Kelebihan pertanian kendiri
#AWANIpagi berbincang isu pertanian pintar bersama Pengasas Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan, UTM, Professor Dr Ida Idayu Muhamad.

Pasca COVID-19: Trend percutian, pelancongan semakin berubah
Sktor pelancongan dan pelancongan yang lebih inklusif dan berdaya tahan perlu dibina.

AWANI Pagi: Usahawan FELDA | Nik Agro Farm sasar pengeluaran 15,000 anak ayam kampung
#AWANIpagi membincangkan isu sekuriti makanan, antaranya agensi yang terlibat dalam agenda sekuriti makanan, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Ketua NASA dakwa China mahu tuntut bulan
China sebelum ini menyatakan bahawa ia merancang untuk menghantar angkasawan ke bulan menjelang tahun 2025.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [4 Julai 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [4 Julai 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976443/thumbnails/38269421851656896373068_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [4 Julai 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Afiezy Azaman dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan? - Kerajaan tarik lesen penyeleweng subsidi minyak - Musim kemarau di Asia Tenggara termasuk Malaysia bermula #AWANInews #MalaysiaSihat

Hari Raya Aidiladha: Umat Islam di Pakistan lakukan persediaan
Kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan lembu-lembu yang akan dijadikan korban pada Hari Raya Aidilahda nanti.

Kenaikan harga: Golongan B40, M40 akui tertekan
Tinjauan di Pasar Besar Dungun mendapati, pengguna terpaksa mengeluarkan belanja berganda demi menampung keperluan semasa.

Sri Lanka hadapi cabaran bayar penghantaran minyak
Negara yang mempunyai 22 juta penduduk itu tidak mampu membayar import penting barangan makanan, baja, ubat-ubatan dan bahan api.

'BN biarlah dengan BNnya' - Ahmad Shabery
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengakui bersetuju dengan kenyataan Pas bahawa penyatuan ummah lebih besar daripada kerjasama politik.

Tiba masa reformasikan fungsi Parlimen - Shabery Cheek
Institusi Parlimen pada masa ini terlalu dilihat sebagai tempat perbahasan oleh masyarakat umum dan tidak lebih daripada itu.

Mengenang Tun Ahmad Sarji: Saya hilang mentor, guru dan sahabat - Shabery Cheek
Negara kehilangan seorang tokoh yang telah menyediakan standard tinggi kepada sistem pentadbiran Malaysia.

Pemilihan UMNO: Setuju dengan KJ, tapi Parlimen mesti jadi contoh - Ahmad Shabery
Jika pemilihan dibuat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), ia tidak menjamin UMNO semakin kuat.

Pas belum bincang tukar logo hadapi PRU-15
Pas belum membuat sebarang keputusan sama ada akan bertanding menggunakan logo baharu atau kekal dengan bulan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mat Said akan bertanding Naib Presiden UMNO
Mat Said membuat pengumuman untuk merebut jawatan itu selepas selesai mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Kemaman.

Ahmad Shabery bakal lepas jawatan kawasan UMNO
Datuk Ahmad Shabery Cheek akan meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan UMNO Gong Cengal dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman selepas memilih barisan muda untuk menggantinya.

Percaturan sebenar di Terengganu antara BN dan Pas - Ahmad Shabery
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, realitinya rakyat Terengganu hanya mempertimbangkan untuk memilih antara dua parti berkenaan.

Mencari 'kiblat' asal dalam perjuangan kepemimpinan Jasa
Jasa melaksanakan program-program yang bertujuan mendidik pemikiran rakyat untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu serta memahami dasar-dasar kerajaan.

Senarai calon BN negeri Terengganu
Berikut adalah senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.