Barisan Nasional (BN) merupakan sebuah parti yang melihat kehadapan dan mementingkan masa depan anak muda berbanding Pakatan Harapan, kata Pegawai Khas Perdana Menteri Isham Jalil.

Katanya, berbeza dengan BN, Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan parti-parti pembangkang yang melihat ke belakang.

"Kerajaan Barisan Nasional melihat kehadapan sebab itu kita buat TN50 dan kita bertanya kepada belia dan orang muda dalam membuat dasar untuk mereka.

"Sebaliknya Pakatan Harapan pula mereka melihat ke belakang sebab itu mereka meletak calon seperti calon perdana menteri yang berusia 94 tahun," katanya dalam satu tembual bersama Astro AWANI.

Selain itu BN juga jelas Isham, merupakan sebuah kerajaan yang menunaikan janji yang dibuat menerusi manifesto pilihanraya.

Baru-baru ini, nama Isham disebut-sebut sebagai calon menteri besar Selangor jika BN kembali merampas negeri tersebut.

Namun beliau menganggap berita tersebut sebagai spekulasi media semata-mata.