KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan mana-mana Unit Daerah Mengundi (UDM) BN menjemput empat individu termasuk Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli untuk tampil di pentas ceramah sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.
Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, BN berkata kenyataan palsu seperti itu adalah mainan politik untuk memecah belah perpaduan di dalam kerajaan sekarang.
Menurut parti gabungan itu, semua kenyataan media hanya akan disiarkan di laman Facebook rasmi Barisan Nasional.
"Diharap semua tidak termakan dengan mainan politik seperti ini tiap kali apabila pilihan raya akan berlangsung. Semoga semua pihak terus bertanggungjawab untuk tidak menyebarkan berita palsu seperti ini lagi," menurut kenyataan itu.
Kenyataan palsu bertarikh 24 Julai yang menggunakan nama Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu menyenaraikan nama empat individu yang kononnya tidak dibenarkan tampil di PRK Nenggiri kerana mengambil iktibar kekalahan di PRK Sungai Bakap.
Selain Rafizi, tiga nama lain ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam, Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Jeli Wan Mahussin Wan Zain dan seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Wan Hadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala hari mengundi ditetapkan pada 17 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024
Kenyataan palsu bertarikh 24 Julai yang menggunakan nama Ahmad Zahid itu menyenaraikan nama empat individu yang kononnya tidak dibenarkan tampil di PRK Nenggiri. - Facebook BN
Atlet Olimpik Tom Craig digantung 12 bulan
Pemain Hoki Olimpik Australia, Tom Craig digantung selama 12 bulan selepas disabit kesalahan kerana membeli dadah kokain semasa acara sukan olimpik Paris.
9 ditahan, lebih satu juta pil ekstasi dirampas
Pihak Polis Sepanyol merampas lebih daripada satu juta pil ekstasi dan menahan 9 orang termasuk warga Itali dalam sebuah operasi penumpasan sindiket dadah di Pulau Balearic, Ibiza pada Selasa.
Empat maut dan 14,328 isi rumah terjejas
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di utara dan tengah Thailand, mengakibatkan empat kematian dan menjejaskan 14,328 isi rumah, menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) pada Rabu.
Debat Trump-Harris: Reaksi berbaur Demokrat, Republikan
Calon naib presiden, J.D. Vance memberitahu media ucapan Harris tidak mempunyai "bahan sebenar", dan tidak kedengaran seperti seorang Naib Presiden Amerika Syarikat.
Trump sengaja naikkan kemarahan Harris - Penganalisis bahasa
Norma berkata fakta bahawa Trump memanggil Biden sebagai bos Harris, menunjukkan bahawa Trump sebenarnya sedang meremehkan kedudukan Harris.
Presiden AS: Sokongan Taylor Swift akan beri impak besar
Swift membuat pengesahan itu dalam catatan di Instagram dan akan mengundi Naib Presiden Amerika Syarikat itu dalam pilihan raya pada 5 November depan.
Malaysia tidak perlu bimbang persaingan China-AS
Ini terbukti berdasarkan sejarah perdamaian yang cuba diperjuangkan sebelum ini tidak dapat dicapai kerana AS sudah hilang kredibiliti.
Taufan Yagi: Angka korban dan hilang meningkat kepada 324 di Vietnam
Wilayah Lao Cai adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas dengan 72 kematian dan 111 orang masih hilang.
Concorde Hotel KL tidak dijual - Sallehuddin
Concorde Hotel KL kekal fokus untuk meningkatkan perkhidmatan dan tawaran untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.
Situasi kian pulih, penduduk masih ambil langkah berjaga-jaga
Para penduduk di sekitar Kampung Maju Jaya dekat Kempas di Johor boleh menarik nafas lega apabila pencemaran bau di kawasan mereka sejak beberapa hari lalu, kian pulih.
Bapa calon BN PRK DUN Mahkota meninggal dunia
Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah kehilangan bapanya Syed Abdullah Syed Abdul Hamid yang meninggal dunia hari ini.
Bekas pemain bola sepak Johor FA calon PRK Mahkota
Bekas pemain bola sepak Johor FA Mohamad Haizan Jaafar, 61, diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Syed Hussien calon BN PRK DUN Mahkota
BN mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussein Syed Abdullah sebagai calon PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
[KOLUMNIS] PRK DUN Mahkota: UMNO diuji di negeri kubunya
Kalau kita lihat keputusan lepas, BN seharusnya boleh menang dengan majoriti lima angka kali ini kerana BN dan PH sudah bergabung di peringkat pusat.
PRK DUN Mahkota: Calon BN pasti diterima pengundi - Zambry
Calon mewakili Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor pasti merupakan calon yang dapat diterima oleh pengundi kawasan berkenaan.
Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN
Kerajaan Kelantan memberi peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kepada ADUN pembangkang di negeri ini.
PH buka ruang bincang kerjasama dengan BN pada PRU16 - PM Anwar
PM sifatkan hubungan kerjasama Pakatan Harapan dengan parti UMNO dan Barisan Nasional sangat memuaskan pada peringkat sekarang.
Kolaborasi lebih baik untuk menang berbanding kalah secara solo - MB Perak
"Dalam pilihan raya, kita perlu mencari peluang untuk menang. Strategi mesti untuk menang."
Jangan leka kejayaan di Nenggiri - Ahmad Maslan
Ahmad menggesa barisan jentera parti semua terus fokus membuat persiapan rapi.
Wanita UMNO mahu calon wanita kekal di PRK DUN Mahkota
Wanita UMNO menuntut supaya calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor dipilih daripada sayap berkenaan.