awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu treler didakwa pandu melulu hingga sebabkan kematian
Pesara pegawai bank rugi lebih RM90,000 ditipu sindiket tawaran kerja di laman sosial
Ugut KP Kelantan: Dipercayai ada kaitan lebih 100 kes along dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN sedia hadapi PRN Melaka, tidak tolak bertanding secara solo - Mohamad

Sinar Harian
Sinar Harian
12/07/2025
09:15 MYT
BN sedia hadapi PRN Melaka, tidak tolak bertanding secara solo - Mohamad
Mohamad (tengah) ketika ditemui pemberita selepas selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Telok Mas di sini, pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Barisan Nasional (BN) sedang siap siaga untuk berdepan pilihan raya Negeri (PRN) Melaka termasuk kemungkinan parti itu akan bergerak solo dalam 'peperangan' itu.

Ringkasan AI
  • BN bersiap sedia hadapi PRN Melaka, mungkin bergerak solo: Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan nyatakan belum ada keputusan bersama PH; BN teliti kemungkinan bergerak sendiri bergantung strategi terbaik.
  • Strategi berbeza ikut negeri, bukan satu formula untuk semua: Beliau tekankan situasi politik berbeza mengikut negeri contohnya Sabah menggunakan pendekatan berbeza dengan PH dan parti tempatan.
  • Keutamaan pada strategi teliti dan fleksibel: BN anggap pilihan raya ibarat peperangan; setiap langkah perlu tepat agar tidak tersilap dalam menentukan pendekatan yang paling menguntungkan parti.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, setakat ini belum ada sebarang rundingan ataupun keputusan yang diputuskan bersama Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi PRN negeri ini.
Menurutnya, bagaimanapun kajian mendalam berkenaan kemungkinan tersebut sama ada bergerak solo atau sebaliknya akan dilakukan terlebih dahulu kerana situasi politik berbeza mengikut negeri.
Katanya, ini kerana pilihan raya diibaratkan peperangan, dan pihaknya perlu sentiasa bersiap sedia dan teliti dari segi strategi agar tidak tersilap langkah.
"Persiapan itu boleh jadi dalam pelbagai bentuk, bergantung kepada yang memberi kebaikan kepada kita.
“Jika baik bersama, bersamalah, jika baik seorang diri, seorang dirilah,” katanya kepada pemberita selepas selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Telok Mas di sini, pada Sabtu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, ini kerana formula politik di setiap negeri berbeza termasuk di Melaka, Johor, Kelantan dan Kedah malah di negeri Sabah juga berlainan kaedahnya.
“Contohnya di Sabah, kita sudah umumkan akan bersama dengan PH dan akan turut memilih mana-mana parti tempatan yang kita rasa boleh tambah nilai kepada kita untuk hadapi pilihan raya.
"Pendekatan satu formula untuk semua tidak boleh digunakan dalam strategi BN kali ini kerana realiti politik yang pelbagai," katanya lagi. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#UMNO
#Mohamad Hasan
#gerak solo
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan