awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
Denda RM3.81 juta bagi kesalahan alam sekitar tahun ini - JAS Johor
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bung Moktar tempelak tuduhan Warisan tentang isu lobi wakil rakyat

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
20/06/2020
09:33 MYT
Bung Moktar tempelak tuduhan Warisan tentang isu lobi wakil rakyat
BUNG MOKTAR: Wakil-wakil rakyat mereka sudah bosan kerana Warisan tidak melakukan apa-apa. - Astro AWANI
Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menempelak dakwaan daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) berhubung wujudnya usaha 'melobi' dalam kalangan wakil rakyat mereka untuk keluar parti.
Beliau berkata, sebaliknya parti pemerintah kerajaan negeri itu dilabelkan 'talk rubbish' kerana tidak menyedari wakil rakyat mereka sudah mulai bosan dengan hala tuju tidak menentu sejak kebelakangan ini.
Bung turut mendedahkan, ini dapat dilihat dengan pelantikan-pelantikan wakil rakyat mereka menjadi pengerusi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang mana sebelum ini digembar-gemburkan tidak mungkin berlaku sepanjang pentadbiran.
"Saya rasa mereka (Warisan) talk rubbish, saya beritahu mereka sekarang, wakil-wakil rakyat mereka sudah bosan kerana Warisan tidak melakukan apa-apa.
"Pertama, Shafie (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) janji setiap ADUN tidak akan dilantik GLC, tiba-tiba dia lantik. Jadi sekarang saya fikir tidak lama lagi semua Yang Berhormat (YB) akan dilantik GLC.
"Sebab dia mahu mengawal YB-YB dia supaya jangan lari (melompat parti)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Mohd Shafie dalam kenyataan medianya baru-baru ini yang mendedahkan wujudnya cubaan melobi wakil rakyat dari kalangan parti pemerintah negeri supaya menyertai blok pembangkang.
Bung dalam pada itu turut menambah, ada dalam kalangan wakil rakyat mereka telah bertemu dengannya dan mendakwa sudah bosan parti pemerintah sekarang.
"Ini bukan pasal kita beli bukan pasal kita panggil, tetapi mereka sudah bosan sama Warisan sebab tiada berhala tuju, kawasan tidak membangun, rakyat tidak dapat dibangunkan.
"Ada seorang bertemu saya, kami memang kenal rapat di antara satu sama lain, jadi katanya mereka sudah jemu, saya fikir bukan mereka sahaja, bahkan lebih ramai lagi selepas ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#GLC
#lobi wakil rakyat
#Mohd Shafie Apdal
#syarikt berkaitan kerajaan
#UMNO Sabah
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan