awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
Skuad terjun negara bakal diperkuat dua jurulatih Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabaran pemimpin negara berbilang kaum, perlu kaya teladan - Mujibu Muis

Faida Rahim
Faida Rahim
20/05/2023
11:14 MYT
Cabaran pemimpin negara berbilang kaum, perlu kaya teladan - Mujibu Muis
Namun sukar untuk kita melihat itu kerana orang politik dia akan sentiasa melihat kelebihan dan isu tertentu yang boleh digembleng untuk memberikan kelebihan politik. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pemimpin di negara ini perlu kaya dengan teladan yang bukan sahaja ditunjukkan malah melatih generasi muda supaya belajar daripada keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.
Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UITM Mujibu Abdul Muis berpendapat cabaran sebagai pemimpin di sebuah negara berbilang kaum memerlukan pendekatan berhemah serta penuh rasa hormat.
“Sebagai seorang pemimpin, mereka harus menunjukkan role model... dan role model itu bukan sekadar ditunjukkan tetapi harus diberikan teladan supaya orang muda melihat mereka itu benar-benar impressed kepada apa yang kita katakan.
“Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan maju, namun sukar untuk kita melihat itu... kerana orang politik akan sentiasa melihat isu tertentu yang boleh digembleng untuk memberikan kelebihan politik dengan apa juga cara, supaya itu akan memberi kelebihan kepada mereka,” katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Sementara itu, Mujibu turut berpesan kepada semua pemimpin di negara ini agar memiliki jiwa yang besar sekali gus mempertahan kedaulatan negara dengan menunjukkan contoh dan kerangka masa hadapan yang jelas meskipun unsur primordialisme sukar dikikis sehingga sekarang.
“Kesantunan insan dalam mengurus perbezaan dalam masyarakat pelbagai agama dan bangsa perlu dititkeberatkan dan ini sebuah realiti harus difahami dan diterima semua pihak.
“Jadi saya rasa, sebagai seorang pemimpin, pertama sekali berjiwa besar dan bertanggungjawab kerana menang pilihan raya itu bukan segala-galanya yang penting.
“Bagaimana kita mempertahankan kedaulatan negara ini dengan memberikan anak muda itu satu contoh dan kerangka masa hadapan dan faham bahawa kita ini orang Malaysia dan sebagai orang Malaysia kita adalah orang Malaysia, bukan Melayu, bukan Cina dan juga bukan India,” akhirinya.
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#Kerajaan Perpaduan
#Mujibu Abdul Muis
#UiTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan