KUALA LUMPUR: Cadangan agar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diangkat menjadi Pengerusi Barisan Nasional (BN) ketika ini adalah tidak wajar, kata Ketua UMNO Wangsa Maju, Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah.
Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, ini adalah kerana Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti sudah pun berbesar hati untuk terus mencalonkan Ahli Parlimen Bera itu bagi jawatan nombor satu negara untuk pilihan raya seterusnya.
Selaku akar umbi, Shafei berkata, keputusan MKT itu sepatutnya diterima dengan baik, namun beliau menegaskan jangan ada pihak yang cuba ‘rock the boat’ seolah-olah mahu mengganggu kestabilan sedia ada.
“Cadangan yang minta agar Datuk Seri Ismail Sabri jadi Pengerusi BN yang baru, ini dah terlebihlah kerana dalam Presiden parti dan juga Majlis Tertinggi berbesar hati, untuk melantik Datuk Seri (Ismail Sabri) sebagai PM, saya ingat kuasa sebagai Pengerusi BN ni biarkan Datuk Seri Zahid (kekal) menjadi Pengerusinya.
“It’s a win win situation dan saya harap tak ada lagi dari mana-mana pihak, yang demand pula minta tukar Datuk Seri Zahid lah, tukar Datuk Seri Ismail jadi Pengerusi lah, orang minta itu ini, kerana keputusan sudah dibuat malam tadi,” katanya kepada Astro AWANI.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang mencadangkan sudah tiba masanya untuk Ismail Sabri diangkat menjadi Pengerusi BN yang baharu.
Selain itu, Annuar, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, Ismail Sabri juga wajar dipilih sebagai Pengarah Utama Jentera Pilihan Raya BN.
“Sebagai calon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri perlu diberi seluas-luas ruang untuk mencorakkan pentadbiran yang mampu membawa 'order baharu' politik negara yang lebih segar, bersih, berintegriti dan mampu memulihkan negara,” katanya lagi.
BACA: MKT UMNO cadang Ismail Sabri calon PM untuk PRU-15
BACA: Selepas sah calon Perdana Menteri, Annuar Musa cadang Ismail Sabri jadi Pengerusi Barisan Nasional
Cadangan itu susulan keputusan sebulat suara MKT UMNO semalam agar Ismail Sabri akan menjadi calon parti berkenaan untuk jawatan nombor satu kerajaan itu, dalam pilihan raya umum seterusnya.
Dalam pada itu, Shafei berkata, beliau mengakui pencalonan Naib Presiden UMNO untuk jawatan Perdana Menteri adalah norma baharu, memandangkan jawatan itu biasanya akan disandang Presiden parti.
“Tapi dalam keadaan norma baharu ini, kita kena terima hakikat bahawa, permainan politik sekarang berbeza. Kerana Ismail Sabri telah menjadi Perdana Menteri, dan apabila kita nak pergi ke PRU yang baharu, sudah semestinya terus menjadi calon Perdana Menteri kita.
“Dan dari segi engagement pun, hubungan beliau dengan masyarakat dan dari segi penilaian masyarakat terhadap beliau lebih mudah dikenalpasti,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Apr 15 2022
Keputusan MKT itu sepatutnya diterima dengan baik, jangan ada pihak yang cuba 'rock the boat' seolah-olah mahu mengganggu kestabilan sedia ada, tegas Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah. - Gambar fail
Agong, Raja Permaisuri berangkat pulang ke tanah air, selesai lawatan negara ke Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini, selepas selesai mengadakan lawatan negara ke Singapura selama dua hari.
Selangor mahu tunda Piala Sumbangsih
SELANGOR FC telah menghantar surat kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memohon untuk menunda perlawanan Piala Sumbangsih yang bakal berlangsung pada Jumaat ini.
Faisal Halim mohon doa rakyat Malaysia
Faisal Halim meminta rakyat Malaysia dapat mendoakan dirinya cepat sembuh selepas mengalami kecederaan teruk akibat disimbah asid pada Ahad lalu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Peratusan keluar mengundi awal hampir 100 peratus
Peratusan itu melibatkan 769 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan.
AWANI Borneo [07/05/2024] - Kita ikut persekutuan - Hajiji | Sokongan penuh | Klinik daif
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan;
#AWANIBorneo 7 Mei 2024
Janji Hajiji, semua penjawat awam dapat kenaikan gaji sama macam persekutuan
RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 dilulus Dewan Undangan Negeri
206 klinik, fasiliti kesihatan daif di Sarawak dikenal pasti
#AWANIBorneo 7 Mei 2024
Janji Hajiji, semua penjawat awam dapat kenaikan gaji sama macam persekutuan
RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 dilulus Dewan Undangan Negeri
206 klinik, fasiliti kesihatan daif di Sarawak dikenal pasti
[TERKINI] YDP Agong lihat Parlimen Singapura bersidang
Saya tidak sanggup tengok pelajar dalam kontena - Abang Jo
Enggan pelajar belajar di dalam kontena jadi punca Tan Sri Abang Johari sanggup menanggung kos pembinaan sekolah-sekolah daif di negeri itu untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pokok tumbang: Wanita Sweden dipercayai penumpang e-hailing cedera
Dua mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini pada Selasa dipercayai pemandu e-hailing dan penumpang warga Sweden.
Sabah fokus kepada amalan penyahkarbon menjelang 2050
Perubahan iklim dan pembangunan sosioekonomi serta cabaran kecerdasan organisasi merupakan topik utama yang dibincangkan di dalam Forum Kesedaran Inisiatif Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus Korporat (ESG).
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Ahli koperasi digesa pelbagaikan perniagaan
Pengarah SKM Negeri Sabah, Matias Kundapin menggesa ahli koperasi di negeri itu untuk mempelbagaikan jenis perniagaan supaya kekal relecan dan menyumbang kepada ekonomi negara.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
"Cadangan Ismail Sabri jadi Pengerusi BN macam berlebih pula" - Ketua UMNO Wangsa Maju
Keputusan MKT itu sepatutnya diterima dengan baik, jangan ada pihak yang cuba 'rock the boat' seolah-olah mahu mengganggu kestabilan sedia ada.
'Ribut' di Wangsa Maju: Kalau calon MCA, kami tak keluar mengundi!
Sekumpulan belia yang mengundi di Wangsa Maju mendesak Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencalonkan Datuk Seri Dr Shafei Abdullah bagi mewakili BN di Parlimen Wangsa Maju pada PRU14.