awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon GPS bagi PRK Jepak diumum Rabu ini - Abang Johari

Bernama
Bernama
15/10/2023
12:32 MYT
Calon GPS bagi PRK Jepak diumum Rabu ini - Abang Johari
Abang Johari berkata beberapa faktor seperti umur dan komposisi pengundi di DUN Jepak perlu diambil kira sebelum GPS memuktamadkan calon yang layak bertanding di kawasan itu. - Gambar Astro AWANI
BINTULU: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada Rabu ini.
Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beberapa individu telah dikenal pasti sebagai calon kerusi berkenaan, namun gabungan itu akan memastikan calon yang bakal bertanding 'bersih' daripada sebarang rekod jenayah dan rasuah.
"Beberapa senarai nama ini (calon) sedang disaring oleh polis (Polis Diraja Malaysia) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Kita (GPS) perlu dapatkan calon yang baik dan bersih, itu prosedur biasa," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Bintulu di sini hari ini.
Beliau berkata beberapa faktor seperti umur dan komposisi pengundi di DUN Jepak perlu diambil kira sebelum GPS memuktamadkan calon yang layak bertanding di kawasan itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Jepak pada 4 Nov ini manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 21 dan 31 Okt.
PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip pada 15 Sept lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#PDRM
#PRK DUN Jepak
#senarai nama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan