awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon luar bukan isu di Sepanggar, tetapi .... - Abdul Rahman

Fifi Harteeny Marzuki
Fifi Harteeny Marzuki
29/04/2018
07:55 MYT
Calon luar bukan isu di Sepanggar, tetapi .... - Abdul Rahman
ABDUL RAHMAN berkata, Perkara yang penting adalah memilih seorang pemimpin yang mampu memberikan perkhidmatan trbaik untuk Sepanggar dan rakyatnya.
Calon Barisan Nasional (BN) di P.171 Sepanggar Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan isu calon luar yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu di kawasan parlimen itu bukan isu besar yang perlu dibangkitkan untuk memenangi hati pengundi.
Sebaliknya Abdul Rahman berkata, perkara yang penting adalah memilih seorang pemimpin yang mampu memberikan perkhidmatan trbaik untuk Sepanggar dan rakyatnya.
Beliau turut menyeru pengundi Sepanggar agar terus memberikan sokongan kepada BN demi kelangsungan pembangunan dan kestabilan politik yang berterusan.
"Soalnya yang paling penting ialah siapa yang mampu memberikan perkhidmatan kepada penduduk Sepanggar dan juga siapa yang mampu menubuhkan kerajaan yang baik.
"Kedudukan saya sebagai menteri persekutuan sudah tentu saya boleh memberikan sedikit kelebihan kepada Sepanggar dibandingkan dengan yang lain-lain," katanya.
Rahman Dahlan (dua kanan) bersama penduduk di Taman Puterajaya di sini.
Rahman Dahlan (dua kanan) bersama penduduk di Taman Puterajaya di sini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di majlis Semarak Perpaduan Sempena Sambutan Pesta Kaamatan anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Puterajaya bersama Persatuan Sino Kadazan Dusun Murut Sabah, hari ini.
Abdul Rahman juga menegaskan, beliau komited untuk berbakti dan mampu mencetuskan satu revolusi pembangunan di kawasan yang mempunyai lebih kurang 62,000 orang pengundi dan kira-kira 300,000 penduduk itu.
Untuk rekod Abdul Rahman anak kelahiran Tuaran telah menetap di Sepanggar sejak 15 tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Dahlan
#Barisan Nasional
#BN
#Malaysia Memilih
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
#saingan sengit
#Sepanggar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan