awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon muda penting untuk kesinambungan kepimpinan negara - Penganalisis

Firdaus Azil
Firdaus Azil
12/03/2018
10:04 MYT
Calon muda penting untuk kesinambungan kepimpinan negara - Penganalisis
Pemerhati politik menyarankan calon muda perlu lebih banyak ditampilkan agar ada kesinambungan dalam kepimpinan. - Astro AWANI
Dengan perubahan segmen masyarakat, di mana sekitar 2 juta pengundi baharu didaftarkan antara 2013 hingga 2017, bilangan calon muda perlu diperbanyakkan, kata penganalisis politik UKM, Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor.
Katanya lagi, trend di beberapa negara maju menunjukkan kebanyakan pemimpin muda mula mendapat tempat di peringkat yang lebih tinggi sesuai dengan dinamika dan kompleksiti masyarakat yang banyak berubah. “Dalam konteks politik tanah air, memang calon muda itu sering diperkenalkan dari semasa ke semasa, tetapi trendnya ialah mereka yang lebih berusia, lebih berpengalaman dikekalkan. “Tetapi seperti yang sedia maklum, pemimpin muda itu mungkin lebih disenangi dalam kalangan pengundi muda memandangkan mereka dilihat lebih ‘less-protocol’, dan ‘less-traditional’,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini. Sebelum ini beberapa pemerhati memberi saranan bahawa calon muda perlu lebih banyak ditampilkan agar ada kesinambungan dalam kepimpinan. Tanpa menafikan sumbangan dan pengalaman wakil rakyat yang lebih berusia, mereka berkata, calon muda juga perlu diberi pendedahan yang lebih meluas. BACA: #MalaysiaMemilih: Mungkinkah ada lebih ramai 'KJ' ditampilkan PRU nanti? BACA: #MalaysiaMemilih: Khairy harap lebih ramai calon muda dalam PRU14 Mengulas lanjut, Dr Nadzri berkata, sering juga berlaku soal tidak puas hati sekiranya calon muda itu ‘melanggar’ orang yang lebih lama, terutamanya di sebelah Barisan Nasional, namun keputusan akhir masih di tangan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi BN. Berdasarkan statistik jumlah pengundi pada suku tahun ­kedua 2016, pengundi muda berusia antara 21 hingga 29 tahun berjumlah 1.9 juta orang. Kategori umur 30 hingga 39 tahun pula seba­nyak 3.2 juta, dengan keseluruhan pengundi muda 5.1 juta daripada 13.6 juta pengundi seluruh negara.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Barisan Nasional
#calon muda
#Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#penganalisis politik
#Perdana Menteri
#pilihan raya umum
#PRU
#PRU14
#UKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan