awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon PRU-14: Makkal Sakti serah kepada pucuk pimpinan BN

Haron Shafie
Haron Shafie
01/01/2017
11:04 MYT
Calon PRU-14: Makkal Sakti serah kepada pucuk pimpinan BN
Presiden Makkal Sakti, Datuk R.S. Thanenthiran berkata, kalau sekiranya diberi peluang oleh pucuk pimpinan BN, parti itu akan menerimanya walau dimana sahaja kerusi itu ditentukan. - Gambar fail
Parti Makkal Sakti Malaysia menyerahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) bagi menentukan sama ada calonnya diberi peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti (PRU-14).
Presidennya, Datuk R.S. Thanenthiran berkata, kalau sekiranya diberi peluang oleh pucuk pimpinan BN, parti itu akan menerimanya walau dimana sahaja kerusi itu ditentukan.
“Saya percaya kalau diberi peluang untuk parti Makkal Sakti Malaysia kami akan terima walau dimana sahaja kalau kami diberi kerusi untuk bertanding kalau tidak diberipun kami tidak akan marah tapi kita anggap kerja kami adalah untuk menyokong Barisan Nasional supaya menang sekali lagi dengan majorti besar dua pertiga dalam pilihan raya akan datang.
“Saya harap pada kali ini kami diberi peluang untuk bertanding kerana ahli kami begitu ramai dan begitu ramai pemimpin di kalangan parti Makkal Sakti Malaysia,” katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Sempena Sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu 2017 di pekarangan pejabat Makkal Sakti Perak di sini hari ini.
Menurutnya lagi, parti itu kini mempunyai seramai 123,000 ahli di seluruh negara dan hampir 80 peratus adalah ahli baharu.
Parti itu juga telah menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang meminta Makkal Sakti untuk mendaftarkan 7,000 ahli baharu dalam tempoh dua bulan tetapi dalam tempoh tersebut parti itu berjaya mendaftarkan lebih 10,000 ahli baharu yang terdiri daripada pengundi kaum India.
Thanenthiran berkata, penyertaan terbesar ini jelas membuktikan bahawa ahli-ahli baharu Makkal Sakti ini yang sebilangan besarnya terdiri daripada golongan muda sentiasa memberikan sokongan padu kepada pucuk pimpinan BN dalam menentukan hala tuju negara ke arah kecemerlangan.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#Makkal Sakti
#pilihan raya umum
#PRU-14
#R.S. Thanenthiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan