SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP yang baharu, Anthony Loke beriltizam untuk membawa pendekatan inklusif dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP 2022-2025 yang dipilih hari ini.
Menurutnya, beliau akan menyatupadukan seluruh kekuatan parti dengan penglibatan setiap pemimpin DAP sama ada yang berada di dalam atau di luar CEC.
"Dalam DAP ada banyak bakat dan kekuatan, sekali gus membawa pendekatan dalam tradisi kita (DAP), sebuah parti inklusif supaya setiap pemimpin DAP sama ada dalam CEC atau tidak, mereka akan bersama mainkan peranan untuk bawa parti lebih kuat.
"Mandat dan kepercayaan yang diberi kepada saya akan saya pastikan bahawa pendekatan kepimpinan yang akan dibawa adalah untuk menyatupadukan kekuatan yang ada dalam parti," katanya pada sidang media di sini pada Ahad.
Tambah Ahli Parlimen Seremban itu lagi, CEC juga akan membentuk beberapa jawatankuasa dan biro supaya setiap pemimpin yang dipilih dan tidak berportfolio mempunyai peranan khusus dalam parti.
Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata pemilihan CEC kali ini merupakan cerminan kepada generasi ketiga DAP yang akan terus memacu parti itu.
"Sebagai Setiausaha Agung baharu, saya melihat bahawa keputusan hari ini dan juga kepimpinan yang dilantik hari ini merupakan satu fasa baharu untuk DAP.
"Ini adalah satu era kepimpinan generasi ketiga dalam DAP," katanya.
Anthony Loke dilantik ke jawatan itu selepas berada di kedudukan ketiga pemilihan CEC apabila meraih 1,625 undi.
BACA: Anthony Loke dilantik Setiausaha Agung DAP baharu, Guan Eng jadi Pengerusi DAP
Beliau berada di belakang Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo (1,782) undi dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dengan 1,641 undi.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Mar 20 2022

Menurutnya, beliau akan menyatupadukan seluruh kekuatan parti dengan penglibatan setiap pemimpin DAP sama ada yang berada di dalam atau di luar CEC. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

PM pelawa syarikat penerbangan Rusia, termasuk Aeroflot sambung semula penerbangan langsung ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa dan mencadangkan agar syarikat penerbangan Rusia, termasuk Aeroflot, memulakan semula laluan penerbangan langsung ke Malaysia secepat mungkin.

Semakan semula Akta Industri Pelancongan dijangka siap suku pertama 2026 - MOTAC
Kajian semakan semula Akta 482 telah dimulakan pada Ogos 2023 melalui pelaksanaan 54 sesi libat urus.

Malaysia gariskan agenda berani untuk PUIC mengenai belia, inovasi dan keadilan
Johari Abdul menyeru ahli Parlimen tidak sekadar menjalankan peranan simbolik sebaliknya mengamalkan agenda berprinsip yang berpandangan ke hadapan.

Pemimpin GCC gesa konflik Gaza dihentikan di Sidang Kemuncak bersama Trump
"Kami bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk meredakan situasi di Gaza, menamatkan konflik dan mencari penyelesaian menyeluruh kepada isu Palestin," titah Putera Mahkota Arab Saudi.

Akta Pembaharuan Semula Bandar buka kelebihan ketara - PropertyGuru Malaysia
Akta itu dijangka mampu membawa manfaat yang signifikan seperti pemeliharaan warisan, menghidupkan semula komuniti dan menjana impak ekonomi.

Pemilihan PKR: Jangan berkempen hingga pupuk rasa benci kepada calon lain - Fahmi
Calon yang bertanding jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan agar tidak memupuk rasa benci kepada calon lain semasa berkempen.

KPKM komited transformasi sektor pertanian lebih moden, dinamik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited untuk mentransformasikan sektor pertanian menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya maju.
Rafizi setuju berdebat dengan Nurul Izzah
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk berdebat dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagi meredakan suhu yang memanas pada ketika ini dalam kalangan penyokong kedua-dua calon dalam pemilihan PKR pada ketika ini.
Sanusi sahkan terima jemputan rasmi hadiri LIMA '25
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sahkan menerima jemputan rasmi untuk menghadiri semua acara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang bakal berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini.
Berkempen secara terbuka selari dengan semangat reformasi - Rafizi
v

Nahas trak FRU: Kementerian Pengangkutan diberi tempoh sebulan sedia laporan siasatan - Fahmi Fadzil
Kementerian Pengangkutan diberi tempoh sebulan bagi melengkapkan laporan siasatan berhubung nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU)

MOT akan keluar kenyataan berhubung penemuan terkini nahas MH17 - Loke
Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan kenyataan berhubung penemuan ICAO yang memutuskan Rusia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine pada 2014.

Perkhidmatan tren penumpang laluan Pasir Gudang-Kempas Baru akan diperkenal - Loke
Perkhidmatan tren penumpang bagi laluan Pasir Gudang-Kempas Baru akan diperkenalkan selewat-lewatnya tahun depan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

25,000 dijangka sertai perarakan kereta berhias sempena Hari Wesak
Perarakan itu, yang melibatkan kira-kira 30 buah kereta berhias, akan bermula pukul 6 petang dari Jalan Berhala, Kuala Lumpur.

Seremban Sentral dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar RM2 bilion - Loke
Sebuah projek pembangunan berorientasikan transit (TOD) dikenali Seremban Sentral akan dibangunkan berhampiran Stesen Keretapi Seremban.

ECRL: 3,200 peluang pekerjaan ditawarkan kepada anak tempatan - Loke
ECRL bakal menjana lebih 3,200 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan menjelang fasa operasi dan penyelenggaraan (O&M) yang dijangka pada Januari 2027.

Cadangan bubar MCA, sertai DAP tidak mungkin berlaku - Loke
Cadangan supaya MCA dibubarkan dan menyertai DAP tidak mungkin berlaku, sebaliknya hanyalah kenyataan peribadi Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin.

Kerajaan cadang wujudkan perkhidmatan kereta api kargo terus KL-Bangkok
Ia bagi meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara sekali gus mengintegrasikan ekonomi ASEAN.

Had laju maksimum di zon sekolah akan diwarta kepada 30km/j - Loke
Kerajaan akan mewartakan kadar had laju maksimum di kawasan sekolah daripada 50 kepada 30 kilometer sejam (km/j).

Negeri Sembilan diminta segera proses kebenaran merancang pelabuhan kontena di Port Dickson
Kerajaan Negeri Sembilan terutama pihak berkuasa tempatan diminta untuk segera memproses permohonan kebenaran merancang bagi projek pembinaan pelabuhan kontena di Port Dickson.