awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chini Memilih: Golongan ibu tunggal akan terus dibantu jika diberi mandat - Sharim

Fareez Azman
Fareez Azman
26/06/2020
10:35 MYT
Chini Memilih: Golongan ibu tunggal akan terus dibantu jika diberi mandat - Sharim
Calon Barisan Nasional PRK N23 Dun Chini, Mohd Sharim Md Zain, 41, mahukan bantuan berterusan diberikan kepada golongan ibu tunggal di DUN itu. - Foto Astro AWANI
Golongan ibu tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini tidak akan dipinggirkan daripada terus menerima bantuan.
Menurut calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain, golongan itu antara yang akan diberi perhatian utama jika beliau diberi mandat pada 4 Julai depan.
"Kita (BN) akan cuba untuk memastikan produk yang telah diusahakan oleh ibu tunggal untuk dijadikan satu produk untuk warga Chini.
"Pastinya kita akan cuba melihat daripada golongan wanita yang ada dan kita akan cuma melihat pada minat yang ada dan cuba untuk membantu melalui agensi kerajaan yang ada di Pahang," katanya ketika ditemui dalam kempen bersama pengundi di Kampung Salong pada Jumaat.
Ujarnya, sebelum ini pelbagai kemudahan dan bantuan telah diberikan kepada ibu tunggal di kawasan itu dibawah pentadbiran penyandang kerusi DUN itu Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun.
"Dulu masa Allayarham Datuk Seri Abu Bakar banyak beri sumbangan kepada ibu miskin dan cara membantu mereka untuk berdikari dan meningkatkan pendapatan," kata Sharim.
PRK DUN Chini, yang memiliki keluasan 590.23 kilometer persegi, menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain dan dua calon bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli. Pengundian ditetapkan pada 4 Julai ini.
Terdapat 20,990 pemilih berdaftar terdiri daripada 20,972 pengundi biasa dan 18 pengundi awal.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#Chini Memilih
#DUN Chini
#ibu tunggal
#Mohd Sharim Md Zain
#N23
#Pahang
#pilihan raya kecil
#PRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan