awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Daish: Mat Sabu minta kita berwaspada - Salahudin

Hilal Azmi
Hilal Azmi
06/12/2015
09:05 MYT
Daish: Mat Sabu minta kita berwaspada - Salahudin
SALAHUDIN: Budaya seperti takfiri, iaitu budaya yang menganggap parti mereka sahaja bersifat Islam, amat merbahaya. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Parti Amanah Negara (Amanah) menolak dakwaan mengatakan parti politik itu ditubuh kerana PAS dipengaruhi pemikiran militan Daish (IS).
Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan Presiden Amanah, Mat Sabu sebelum ini meminta semua gerakan Islam mahupun parti Islam berwaspada dengan budaya dan pemikiran yang dibawa oleh kumpulan militan terbabit.
"Budaya seperti takfiri, iaitu budaya yang menganggap parti mereka sahaja bersifat Islam, malah menganggap mereka yang keluar parti sebagai masuk neraka dan halal untuk dibunuh, amat berbahaya.
"Saya nak jelaskan bahawa apa yang disebutkan Presiden, semua pihak berwaspada dengan budaya dan pemikiran Daish terutamanya dalam budaya takfiri itu," katanya ketika sidang media di Wisma Amanah pada Ahad.
Tambah beliau, Amanah juga sentiasa berwaspada dengan budaya dan pemikiran ini memandangkan ia mampu mengancam keharmonian malah demokrasi di Malaysia.
Sebelum ini beberapa portal melaporkan pendedahan Mohamad Sabu yang mendakwa di antara punca Amanah ditubuhkan adalah kerana bekas partinya, PAS sudah diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Daish).
Beliau juga menuntut agar siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran Daish yang menyebabkan suburnya budaya takfiri dalam PAS.
Topic Berkaitan
#Amanah
#daish
#IS
#Mohamad Sabu
#Salahudin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan