awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Energy Asia 2025: Peralihan tenaga global, sejajar ekonomi mapan
MALAYSIA
#EduRoundtables2025: Isu keciciran antara agenda utama ASEAN
DUNIA
Starship Ship 36 milik SpaceX meletup ketika ujian di Starbase
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITICS

Dakwaan Ismail Sabri gesa Muhyiddin bubar Dewan Rakyat bagi UMNO, BN palsu

Firdaus Azil
Firdaus Azil
26/10/2020
07:21 MYT
Dakwaan Ismail Sabri gesa Muhyiddin bubar Dewan Rakyat bagi UMNO, BN palsu
Ia juga menunjukkan seolah-olah Ismail Sabri meminta persetujuan Ketua-ketua UMNO Bahagian mengenai cadangan pembubaran itu, dan kembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan kerajaan seterusnya. - Foto netizen
KUALA LUMPUR:Dakwaan mengatakan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membubarkan Dewan Rakyat bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional adalah palsu.
Pegawai beliau memaklumkan kepada Astro AWANI bahawa paparan perbualan itu adalah palsu dan direka untuk menjatuhkan imej Ahli Parlimen Bera itu dan merupakan cubaan menimbulkan rasa marah rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“UMNO dan kepimpinan tidak setuju (diadakan) PRU (Pilihan Raya Umum) dalam keadaan penularan COVID-19. Itu bukan perbualan DSIS (Ismail Sabri),” katanya lagi.
Paparan perbualan itu menunjukkan kononnya Ismail Sabri memaklumkan kepada Ketua-ketua UMNO Bahagian bahawa beliau dan rakan Kabinet lain akan mencadangkan pembubaran Parlimen.
Astro AWANI
Paparan sistem pesanan ringkas, WhatsApp. - Foto Astro AWANI
Ia juga menunjukkan seolah-olah Ismail Sabri meminta persetujuan Ketua-ketua UMNO Bahagian mengenai cadangan pembubaran itu, dan kembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan kerajaan seterusnya.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Mampukah Ahli Parlimen berhenti main politik selepas titah Agong?
Terdahulu, media melaporkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan bersama kesemua Ahli Parlimen parti itu di Menara Dato Onn, bagi membincangkan mengenai titah Yang di-Pertuan Agong pada Ahad berhubung penolakan pengisytiharan darurat.
Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO dilaporkan tidak menghadiri perjumpaan antara Ketua-ketua Parti Politik bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya, awal hari ini.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#ismail sabri yaakob
#Dewan Rakyat
#Pilihan Raya Umum ke-15
#Darurat Malaysia
#Zahid Hamidi
#Barisan Nasional
#fake news
#berita palsu
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami