awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Festival Muzikal Air akan disesuaikan - Zahid Hamidi
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
Arab Saudi gantung kontrak 1,800 agensi pelancongan umrah asing kerana tidak patuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan tawar projek: Kalau ada bukti, ambil tindakan - Zuraida

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
24/09/2018
12:29 MYT
Dakwaan tawar projek: Kalau ada bukti, ambil tindakan - Zuraida
Zuraida berkata, Anwar berhak memberikan nasihat serta peringatan kepada mana-mana pihak yang melakukan perkara tersebut. - BERNAMA/Fail
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh Ketua Umum partinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya ada pemimpin tertentu menjanjikan projek kerajaan ketika kempen pemilihan parti, merupakan spekulasi semata-mata.
Bagaimanapun, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, selaku ketua, Anwar berhak memberikan nasihat serta peringatan kepada mana-mana pihak yang melakukan perkara tersebut.
"Itu spekulasi-spekulasi (dakwaan menjanjikan projek), tapi sebagai ketua, Datuk Seri Anwar mesti memberikan nasihat serta peringatan. Pada saya itu tiada masalah.
"Tetapi kalau betul kalau ada individu tertentu yang ada bukti dan sebagainya, tindakan harus diambil," katanya kepada wartawan selepas program Bicara Sinar di sini, hari ini.
Pada Ahad, Anwar mendakwa ada calon yang bertanding dalam pemilihan PKR kali ini menawarkan projek bagi mendapatkan sokongan dan undi daripada ahli parti.
Namun, bakal presiden PKR itu tidak mendedahkan pemimpin mana yang menawarkan projek bagi mendapatkan undi itu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#Baling
#e-voting
#kerusi
#Malaysia
#pemilihan
#PKR
#Rafizi Ramli
#Selangor
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan