awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP akan bantu BN di PRK DUN Ayer Kuning, dulu mereka tolong kita - Loke

Khalis Khadir
Khalis Khadir
16/03/2025
08:00 MYT
DAP akan bantu BN di PRK DUN Ayer Kuning, dulu mereka tolong kita - Loke
Loke berkata, ia merupakan amalan biasa bagi setiap gabungan politik yang membentuk Kerajaan Persekutuan. -Gambar fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: DAP akan membantu calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Perak.

Ringkasan AI
  • DAP akan membantu calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Perak.
  • Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyatakan bahawa ini adalah amalan biasa bagi gabungan politik yang membentuk Kerajaan Persekutuan.
  • PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kekosongan kerusi selepas penyandangnya, Ishsam Shahruddin, meninggal dunia pada 22 Februari akibat serangan jantung.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ia merupakan amalan biasa bagi setiap gabungan politik yang membentuk Kerajaan Persekutuan.
"Hal ini sudah jadi kebiasaan kita. Dalam mana-mana PRK pun yang membabitkan parti dalam Kerajaan Perpaduan akan kita bantu.
"Seperti mana juga mereka bantu kita di PRK DUN Kuala Kubu Bharu sebelum ini, sudah tentu kita akan bantu di DUN Ayer Kuning juga," katanya pada sidang media Kongres DAP Ke-18, di sini, pada Ahad.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kekosongan kerusi selepas penyandangnya, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia pada 22 Februari lalu akibat serangan jantung ketika bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Dapatkan informasi terkini PRK Ayer Kuning di sini
Topic Berkaitan
#Kongres DAP
#PRK Ayer Kuning
#Barisan Nasional
#Anthony Loke
#pilihan raya kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan