awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP pecat Loh Chee Heng atas dakwaan menyeleweng peruntukan - Tony Pua

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2016
08:40 MYT
DAP pecat Loh Chee Heng atas dakwaan menyeleweng peruntukan - Tony Pua
DAP Selangor telah memfailkan laporan dengan SPRM untuk tindakan siasatan lanjut mengenai kes melibatkan Chee Heng. - Foto sumber Facebook Loh Chee Heng
DAP mengambil keputusan untuk memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Datok, Loh Chee Heng berkuat kuasa hari ini atas dakwaan menyeleweng peruntukan, ujar Pengerusi DAP Selangor Tony Pua.
Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara hari ini berkata dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Disiplin DAP telah memaklumkan kepada DAP Selangor tentang pemecatan itu.
“DAP Selangor sebelum ini telah menerima aduan daripada ahli-ahlinya tentang Chee Heng yang dikatakan menyeleweng peruntukan kerajaan negeri bagi kawasan DUN Teluk Datok.
“Kami telah menubuhkan jawatankuasa tambahan yang menyiasat aduan-aduan yang relevan sepanjang lapan minggu lalu. Hasil siasatan itu telah dihantar kepada Jawatankuasa Disiplin DAP,” kata Pua.
Pada masa yang sama, tambah Pua, DAP Selangor telah memfailkan laporan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan siasatan lanjut.
Laporan itu telah difailkan dengan SPRM Selangor di Shah Alam pada Rabu, 11 Mei.
“DAP Selangor komited untuk menegakkan nilai teras dalam mempromosi tadbir urus yang baik, integriti dan kebertanggungjawaban.
“Kami tidak akan bertoleransi dengan sebarang tindakan oleh mana-mana pemimpin atau ahli yang mengkhianati kepercayaan rakyat yang diwakili, seterusnya menjejaskan kredibiliti parti,” kata Pua.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai dalam satu kenyataan berlainan berkata bahawa parti itu telah menerima aduan bertulis tentang tindakan penyelewengan dana negeri oleh Chee Heng pada Mac dan telah meminta siasatan dalaman dijalankan.
Topic Berkaitan
#DAP
#Jawatankuasa Disiplin DAP
#Loh Chee Heng
#penyelewengan peruntukan
#Tony Pua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan