awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anthropic lancar Claude for Healthcare, fokus privasi data kesihatan
Tampil sugul di mahkamah, Kamal Adli sukar ulas nasib perkahwinan dengan Uqasha Senrose: “Kalau tiada jodoh, Wallahu’alam”
Meta nafi dakwaan kebocoran data 17.5 juta akaun Instagram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP Pulau Pinang akan rujuk semula kepada CEC soal bubar DUN

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
10/10/2022
14:17 MYT
DAP Pulau Pinang akan rujuk semula kepada CEC soal bubar DUN
Chow Kon Yeow berkata, hasil mesyuarat DAP negeri petang tadi akan dirujuk kepada CEC yang akan bermesyuarat esok. - Gambar/ Astro AWANI
GEORGE TOWN: DAP Pulau Pinang akan merujuk Jawatankuasa Tertinggi (CEC) DAP berhubung keputusan sama ada membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau sebaliknya.
Langkah itu tetap dilakukan walaupun Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, sudah mengumumkan DAP kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan DUN melibatkan tiga negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) termasuk Pulau Pinang.
Pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata, hasil mesyuarat DAP negeri petang tadi akan dirujuk kepada CEC yang akan bermesyuarat esok.
Beliau berkata keputusan mengenai perkara itu mungkin akan diketahui beberapa hari lagi.
"Kita telah menilai keadaan semasa dan mengambil keputusan... keputusan ini akan dirujuk kepada CEC yang akan bermesyuarat pada malam esok.
"Jadi kita perlu menunggu keputusan CEC tentang sama ada DUN Pulau Pinang akan dicadangkan bubar atau tidak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar DAP negeri di Wisma DAP Pulau Pinang di George Town pada Isnin.
Jawatankuasa DAP Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar ekoran pembubaran Parlimen hari ini.
Terdahulu, Loke dilapor berkata DAP kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan DUN melibatkan tiga negeri di bawah pentadbiran PH.
Katanya langkah untuk tidak membubarkan DUN Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan adalah selari dengan keputusan Majlis Presiden PH.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perdana Menteri membuat pengumuman itu menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara, menerusi siaran televisyen dan media dalam talian pada jam 3 petang ini.
Topic Berkaitan
#PRU15
#bubar parlimen
#DUN Pulau Pinang
#DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan