awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Seri Najib Tun Razak pengerusikan mesyuarat MT UMNO

Wan Syamsul Amly, Hilal Azmi
Wan Syamsul Amly, Hilal Azmi
30/09/2016
11:34 MYT
Datuk Seri Najib Tun Razak pengerusikan mesyuarat MT UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) dan Timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC hari ini. Turut hadir Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Gambar Bernama
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn.
Mesyuarat yang bermula pada kira-kira pukul 3.30 petang itu dijangka membincangkan isu utama usul persempadanan semula kawasan pilihan raya dan hal-hal berkaitan parti.
Antara yang hadir, Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Penerangan, Tan Sri Annuar Musa, Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati.
Semalam, Barisan Nasional bermesyuarat berhubung isu persempadanan semula kawasan pilihan raya dan isu itu dijangka turut akan diperinci dalam mesyuarat hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah selama sebulan sehingga 14 Oktober ini.
Sebelum ini, Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, pihaknya menyangkal dakwaan bahawa kajian itu dibuat untuk kepentingan pihak tertentu.
Tegasnya, pihaknya telah menjalankan peranan dan tanggungjawabnya sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Annuar Musa
#Khairy Jamaluddin
#Mas Ermieyati
#Mesyuarat Tertinggi UMNO
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan