awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Debat PRK Cameron Highlands: Ini janji tiga calon sekiranya menang

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
23/01/2019
22:10 MYT
Debat PRK Cameron Highlands: Ini janji tiga calon sekiranya menang
Calon-calon Pilihan Raya Kecil Parlimen P.078 Cameron Highlands, dari kiri, Wong, Sallehuddin dan Manogaran pada Debat Perdana anjuran Bersih 2.0 sempena PRK Cameron Highlands di Hotel Heritage malam tadi. --fotoBERNAMA
Selain isu utama berkaitan hak orang asli yang jadi tumpuan, calon-calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highands berjanji akan turut memperjuangkan beberapa isu lain yang tidak kurang pentingnya.
Antaranya termasuk isu pembangunan setempat, pendidikan dan pertanian.
Demikian yang disuarakan tiga daripada empat calon PRK Cameron Highands dalam Debat AWANI edisi khas anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang berlangsung malam tadi.
Calon Pakatan Harapan, M. Manogaran yakin akan dapat menunaikan janjinya terutama bagi memperhebat pembangunan di Cameron Highlands.
Bagi calon bebas, Wong Seng Yee, isu pertanian di Cameron Highlands tetap jadi matlamat utama sekiranya beliau berjaya memenangi PRK itu.
Calon bebas, Salehuddin Ab Talib pula akan melaksanakan slogan ‘suara rakyat untuk rakyat’ sekiranya menang PRK itu.
Sementara itu, calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor tidak menyertai debat ini, dipercayai susulan kejadian Senator PH Bob Manolan yang dilaporkan pernah mengugut ketua kampung orang asli.
Debat bertajuk 'Apa perubahan yang diperlukan Cameron Highlands' tersebut julung-julung kali diadakan dalam sejarah pilihan raya negara.
Moderatornya ialah felo kanan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Faisal S. Hazis.
Topic Berkaitan
#Debat Awani PRK Cameron Highlands
#M Manogaran
#PRK Cameron Highlands
#Sallehudin Ab Talib
#Wong Seng Yee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan