Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hari ini mengumumkan pendirian untuk menerima kekalahan dalam saingannya mencabar penyandang kerusi itu, Datuk Seri Azmin Ali.
Menurut Rafizi, beliau mengambil keputusan itu demi kestabilan parti dalam mengangkat agenda lebih besar iaitu melaksanakan idealisme reformasi.
"Dan saya juga yakin orang yang paling baik untuk melaksanakan idealisme reformasi itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang ke-8," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Pada masa yang sama, beliau memilih untuk tidak mendesak Biro Politik melakukan pemilihan semula di beberapa cabang yang dilanda pergolakan kerana ia bakal memberi implikasi besar terhadap Anwar.
"Apabila pergolakan dari pemilihan parti ini berpanjangan melangkaui Kongres Nasional hujung minggu ini, bebannya akan ditanggung oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
"Beliau akan dituduh tidak berkemampuan mengendalikan parti dan akan akan dikritik kerana dilihat tidak mampu mendisiplinkan pimpinan parti di bawah," ujarnya.
Ini merupakan kali pertama Rafizi mengumumkan pendirian menerima kekalahan di tangan Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Ikuti catatan penuh oleh bekas Ahli Parlimen Pandan ini yang menyentuh pelbagai dimensi serta apa langkah seterusnya di dalam PKR:
RAIKAN KEPIMPINAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PRESIDEN KEADILAN
Esok akan bermula Kongres Nasional KEADILAN yang melabuhkan tirai kepada pemilihan parti kali ini.
Keputusan untuk Majlis Pimpinan Pusat mungkin hanya akan diumumkan kemudiannya.
Saya dimaklumkan, secara tidak rasmi beza undi di antara saya dan Saudara Azmin Ali ialah ~2,500 undi, iaitu kurang 2% dari jumlah keseluruhan yang mengundi (sekitar 141,000 orang anggota parti). Saya fikir Saudara Azmin bakal diumumkan Timbalan Presiden dengan undi popular yang tidak melebihi 51%, berbanding dengan undi saya sekitar 49%.
Jumlah undi ini berlatar belakangkan persoalan mengenai integriti dan ketelusan proses pemilihan yang dipersoalkan oleh semua calon yang bertanding.
Ada beberapa isu yang menjadi kontroversi, termasuklah kebebasan pengawas-pengawas oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang daripada awal lagi dipersoalkan kerana aduan-aduan yang mereka berat sebelah.
Begitu juga dengan masalah sistem e-pengundian. Ada bukti yang kukuh bagaimana undi-undi telah hilang secara sistematik seperti yang dibentangkan oleh Saudara Akmal Nasir (Ketua AMK yang baru) melibatkan undi di cabang-cabang besar yang dilihat berpihak kepada saya.
Kita juga dikejutkan dengan peristiwa “penghadang isyarat” (jammer) di Kuala Selangor dan talian Celcom dipotong di Pensiangan.
Paling kontroversi ialah kejadian data dihapuskan di Julau dan kehadiran aplikasi Prey di dalam peranti tablet yang digunakan untuk undian. Pada hari kejadian, JPP mengakui peranti tablet telah dicerobohi dan mengumumkan menggantung keputusan di Julau. Selepas itu, JPP menukar pendirian dan bertegas tiada data yang terkesan walaupun kejadian itu benar-benar berlaku.
Dengan perbezaan undi sekitar 2,500 sahaja atau kurang dari 2% dari jumlah keseluruhan yang keluar mengundi, pengundian di Julau (yang mempunyai lebih 13,000 anggota) boleh mengubah keputusan untuk jawatan Timbalan Presiden dan jawatan-jawatan lain.
Saya ada asas yang kukuh untuk berkeras supaya diadakan semula pemilihan. Tambahan pula JPP memang mengakui berlakunya pencerobohan dan Ketua Unit IT JPP, Alvin Teoh memang ditahan polis untuk siasatan berhubung kes ini.
Namun, saya juga sedar bahawa kepentingan perjuangan dan parti mengatasi segala-galanya. Kita menawarkan diri untuk memikul amanah dengan hasrat boleh membawa parti ke peringkat yang lebih baik dan meningkatkan khidmat parti kepada rakyat.
Jika dalam usaha kita mendapatkan amanah itu, parti dijerumuskan ke dalam ketidaktentuan dan persengketaan yang berpanjangan, itu bertentangan dengan niat asal kita untuk berkhidmat.
Saya mengambil kira kesan kekalahan kepada Saudara Azmin adalah lebih besar berbanding jika saya mengalah. Beliau seorang menteri kanan, penyandang jawatan sebagai dua penggal dan bekas menteri besar. Kekalahan beliau di tangan seorang penganggur akan dijadikan alasan untuk beliau berundur terus dari persada politik.
Sebab itu, saya menjangkakan penyokong-penyokong beliau lebih sukar menerima kekalahan berbanding dengan saya. Saya juga telah melihat bagaimana penyokong kuat beliau, Saudara Vernon Kedit telah bertalu-talu membuat laporan kepada SPRM mengenai keanggotaan di cabang Julau (yang sebelum itu tidak pun dibantah) sehingga menyebabkan kakitangan parti ditahan SPRM.
Saya yakin, jika pemilihan semula diadakan di Julau (dan besar kemungkinan saya akan menang), watak seperti Vernon Kedit ini akan mengheret parti ke peringkat Pendaftar Pertubuhan dan mahkamah.
Akhirnya, kita tidak ubah seperti pepatah Melayu “menang sorak, kampung tergadai”.
Apabila pergolakan dari pemilihan parti ini berpanjangan melangkaui Kongres Nasional hujung minggu ini, bebannya akan ditanggung oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, presiden kita.
Beliau akan dituduh tidak berkemampuan mengendalikan parti. Beliau akan dikritik kerana dilihat tidak mampu mendisiplinkan pimpinan parti di bawah.
Selari dengan tuduhan dan kritikan itu, akan ada suara sumbang dari luar dan dalam parti yang mempersoalkan kewibawaan beliau menjadi Perdana Menteri ke-8.
Saya tidak terjun ke persada reformasi sejak 20 tahun lalu dengan niat mahu merebut kuasa. Saya benar-benar mahu melihat keadaan yang lebih baik untuk rakyat biasa, kerana saya datang dari keluarga susah dari Terengganu.
Saya benar-benar yakin kalau kita bawa perubahan yang mengangkat idealisme reformasi yang kita perjuangkan, nasib rakyat akan menjadi lebih baik. Dan saya juga yakin orang yang paling baik untuk melaksanakan idealisme reformasi itu adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang ke-8.
Oleh itu, saya membuat keputusan lebih awal untuk tidak mendesak melalui Biro Politik dan mengalah lebih awal.
Lagi pun, keputusan pemilihan kali ini adalah cukup jelas. Undi popular Saudara Azmin hanyalah 51%, berbeza 2% sahaja dengan undi popular saya yang melambangkan dua aliran berbeza yang sama kuat dan sama penting di dalam parti.
Isyarat yang dihantar melalui undi anggota yang memberi kemenangan kurang 2% kepada Saudara Azmin (dalam keadaan beliau menteri kanan, penyandang jawatan selama 8 tahun dan bekas menteri besar), adalah isyarat yang perlu diperhalusi oleh beliau sendiri.
Saya mendoakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sebagai Presiden parti dan bakal Perdana Menteri mendengar dan meneliti segala kemelut dan keluh kesah anggota di bawah.
Sejujurnya, tidak ada yang menang dan tidak ada yang kalah di dalam pemilihan ini.
Kita semua menang jika kita menginsafinya dan berazam untuk memperkukuhkan idealisme reformasi lantas kembali berkhidmat kepada rakyat, di bawah pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Kita semua kalah jika yang memegang amanah itu hanya melihat jawatan dipegang sebagai loncatan untuk mencari laba mengikut puak masing-masing, sehingga bercanggah dengan teladan kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada puluhan ribu pendokong kempen saya yang mengorbankan masa, wang dan tenaga sehingga ke peringkat ini. Saya tidak berjawatan dan tidak berwang untuk membayar saudara-saudari, tetapi saudara-saudari tetap setia berkhidmat sebagai relawan.
Sepanjang kempen selama 4 bulan, saya berjumpa ramai anak-anak muda, ibu-ibu dan abang-abang yang miskin tetapi kental daya juangnya. Saya disambut ikhlas oleh sahabat-sahabat pelbagai bangsa dan budaya: baik yang Melayu, Cina, India, sahabat-sahabat Kadazan Dusun Murut dari pedalaman Sabah dan pendokong parti dari seantero negeri Sarawak yang besar itu.
Saya hargai persahabatan saudara-saudari dan setiakawan yang tidak ternilai itu. Saya terhutang budi dengan saudara-saudari.
Makanya, saya kini kembali sebagai anggota biasa KEADILAN seperti mana ratusan ribu saudara-saudari di luar. Saya akan terus turun berjumpa anggota akar umbi untuk menyusun gerakan kita menjadi lebih baik.
Saya akan mengusahakan satu koperasi agar saya dapat membantu kedudukan ekonomi seberapa ramai anggota KEADILAN di seluruh negara, yang tidak mendapat apa-apa pun dari perjuangan ini.
Saya akan terus setia kepada perjuangan KEADILAN untuk rakyat Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sama-sama kita raikan beliau sebagai presiden baru KEADILAN, kita ketemu di Kongres Nasional esok.
Rafizi Ramli
16 November 2018
Astro Awani
Fri Nov 16 2018
Rafizi mengaku kalah demi agenda yang lebih besar - Foto fail
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Vladimir Putin angkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kelima
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Kremlin dengan diboikot Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain susulan perang antara Rusia-Ukraine.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 Mac 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 Mac 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 Mac 2024.