KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan rakyat kini beranggapan bahawa Dewan Rakyat telah dicemari dengan amalan korupsi politik.
Beliau berkata, masyarakat berasakan bahawa institusi tersebut kini sudah dipengaruhi dan dimanipulasi untuk kepentingan pihak tertentu dan tidak lagi dijadikan sebagai tempat untuk mendengar masalah.
"Kita kini sedang menghadapi krisis dimana rakyat menganggap Dewan Rakyat gagal menjalankan tugasnya. Keadaan ini seolah-olah seperti sudah jatuh ditimpa tangga oleh kerana orang ramai berada di dalam keadaan terdesak dimana mereka menghadapi penderitaan amat sangat yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.
"Pada pandangan orang ramai, Dewan Rakyat tidak lagi dihormati dan disanjungi seperti suatu ketika dahulu. Orang ramai sering berasakan bahawa Dewan Rakyat kini dipengaruhi dan dimanipulasi melalui korupsi politik.
"Mereka juga berasakan bahawa ia adalah cara memperkaya beberapa orang sahaja sementara orang ramai keciciran. Orang ramai percaya bahawa Dewan Rakyat kini dilanda kekotoran korupsi politik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih dan Titah Diraja pada sidang Dewan Rakyat pada Selasa.
Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh menambah, korupsi politik itu sukar ditakrifkan kerana ia berlaku dalam berbagai bentuk.
"Bukti berlakunya korupsi politik ini ada kalanya kelihatan dan ada kalanya tertutup," katanya lagi.
Pada masa yang sama beliau menzahirkan rasa sedih dengan amalan politik negara yang berbaur menjadi rasuah, dimana kuasa politik ditukar ganti dengan sokongan untuk mendapat kedudukan dalam parti.
Katanya, ia dilaksanakan dengan kewujudan sistem berat sebelah dan ganjaran kewangan berperingkat.
"Rasuah politik sebagai perbuatan haram dan membahayakan demokrasi berperlembagaan kita masih tidak mendapat pengiktirafan seperti terdapat di negara-negara lain. Kita harus menghapuskan musuh dalam selimut ini sekiranya kita benar-benar hendak mempertahankan sumpah berperlembagaan untuk 'menyimpan, menjaga keselamatan dan mempertahankan' Perlembagaan kita.
"Para pemimpin parti politik, kehakiman, Kabinet dan Ahli Parlimen harus ingat bahawa mereka berkewajipan terhadap negara dan rakyat. Sekiranya mereka tidak menegakkan Kedaulatan Undang-Undang dan Perlembagaan, itu bermakna mereka melakukan pengkhianatan," ujarnya.
Umavathi Ramayah
Tue Sep 21 2021
Tengku Razaleigh Hamzah berkata, masyarakat berasakan bahawa institusi Parlimen kini sudah dipengaruhi dan dimanipulasi untuk kepentingan pihak tertentu dan tidak lagi dijadikan sebagai tempat untuk mendengar masalah. - Gambar fail/Astro AWANI
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.
Kajian semula struktur percukaian, sara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai langkah-langkah mengkaji semula struktur percukaian semasa akan dibangkitkan Muhammad Ismi Mat Taib pada sesi soal jawab.
Dewan Rakyat lulus RUU Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024 dengan lebih suara bersetuju.