ALOR SETAR: Bekas Ketua Bahagian UMNO Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail mempertikai fungsi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang tidak berani menegur tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam membuat keputusan yang merugikan parti tersebut.
Menurutnya, MKT UMNO perlu menasihatkan pimpinan utama parti itu dalam membuat keputusan tepat kerana mereka mengalas amanah lebih 140,000 perwakilan untuk membantu parti.
“Dalam MKT ada lebih 50 orang lebih yang ada adakah tidak ada MKT yang boleh berfikir tindakan yang dibuat oleh presiden adalah tindakan yang salah.
“Yang saya peliknya adakah MKT yang diamanahkan oleh 140,000 lebih perwakilan MKT yang tidak boleh berfikir tindakan yang dibuat Presiden itu adalah salah nak pecat tidak ada masalah tapi macam saya tidak pernah dapat surat tunjuk sebab, tidak dipanggil Lembaga Disiplin UMNO dan tidak dimaklumkan apa-apa kesalahan saya pun.
“Tiba-tiba dalam satu makluman Majlis Tertinggi saya dipecat saya digantung. Macam Tan Sri Noh Omar kata, nak gantung buat apa dah umur 60 tahun, pecat terus senang,” tegas Mohd Yusof kepada Astro AWANI selepas ditemui di kediamannya di Bukit Pinang, di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan MKT UMNO memecat keahlian Khairy Jamaluddin (KJ) dan Ahli MKT, Tan Sri Noh Omar.
MKT UMNO turut memutuskan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian; Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang digantung enam tahun.
Mohd Yusof berkata, 'pembersihan' yang dilakukan oleh UMNO telah mengecilkan lagi kekuatan dan kepercayaan orang ramai kepada parti itu selepas membuang pemimpin yang dianggap berpontensi besar pada masa hadapan.
Menurutnya, parti tersebut perlu menggunakan pendekatan lain untuk memperkuatkan kembali UMNO selepas kehilangan banyak undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan bukan dengan pemecatan dan pengantungan ahli.
“Saya melihat sistem yang digunakan oleh Presiden ini adalah memecat keahlian seseorang pemimpin UMNO kerana bersuara.
“Sepatutnya dia ada pendekatan lain yang boleh dibuat selain daripada memecat. Banyak lagi Cara yang boleh dibuat.
“Contohnya KJ (dipecat) dan Shahril (digantung) antara ikon orang muda yang berjaya menarik orang muda ramai orang muda minat dengan mereka mungkin cara mereka berkempen ada yang tidak disenangi oleh Presiden,” tegas beliau.
Mohd Yusof yang digantung keahlian selama enam tahun pada tahun lalu turut berkata, ramai perwakilan dan Ketua UMNO di semua peringkat menyuarakan kebimbangan dengan apa yang sedang berlaku di dalam parti keramat orang Melayu itu terutamanya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan di enam negeri selepas ini.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jan 30 2023
Datuk Mohd Yusof Ismail mempertikai fungsi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang tidak berani menegur tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam membuat keputusan yang merugikan parti tersebut. - Gambar Astro AWANI
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Di mana fungsi MKT UMNO? - Bekas Ketua UMNO Alor Setar
'Pembersihan' yang dilakukan oleh UMNO telah mengecilkan lagi kekuatan dan kepercayaan orang ramai kepada parti itu.
PAU2022: 'Jangan cabar suara keramat ahli UMNO!'
Mohd Yusof Ismail berkata, adalah wajar untuk tidak menyekat demokrasi dalam pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Hukuman gantung keahlian ditangguh, Mohd Yusof masih Ketua Bahagian Alor Setar
Keputusan sebenar sama ada dirinya dilepaskan daripada hukuman berkenaan hanya akan dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang akan datang.
PRU15: UMNO bertegas mahukan kerusi Parlimen Alor Setar daripada MCA
Prestasi yang ditunjukkan MCA yang tumpas dalam beberapa siri PRU sebelum ini juga wajar diberikan pertimbangan.