SHAH ALAM: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tampil mempertahankan kenyataan dikeluarkan mengenai perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tertutup antara pemimpin tertinggi partinya dan Pas baru-baru ini.
Ia membabitkan penawaran 47 kerusi boleh dimenangi Pas yang ditawarkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekiranya parti itu menyertai Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Ahad menafikan isu 47 kerusi itu disentuh dalam pertemuan tertutup yang dihadiri oleh beliau, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut Tuan Ibrahim, perkara dibincangkan dalam pertemuan pada Rabu lalu iaitu sehari sebelum Pas membuat keputusan kekal bersama PN hanya diketahui oleh empat pemimpin terbabit dan kenyataan Asyraf Wajdi yang menurutnya tidak terlibat dalam mesyuarat tersebut adalah ‘merapu’.
Bagaimanapun, gambar terbaharu didedahkan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Facebook dan dikongsikan Asyraf Wajdi menunjukkan terdapat tiga lagi pimpinan kedua-dua parti itu yang turut serta dalam pertemuan berkenaan.
Malah Zambry menerusi hantaran gambar itu turut menyokong kenyataan dibuat oleh Asyraf Wajdi berkenaan perkara tersebut.
"Asyraf tidak merapu, tidak menipu," ujar Zambry.
Selain Asyraf Wajdi, turut kelihatan dalam gambar dikongsikan itu ialah Zambry dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
“ALLAH menjadi saksi, ramai juga menjadi saksi bahawa saya tidak merapu dan tidak menipu, jauh sekali memungkiri sebarang janji,” ujar Asyraf Wajdi dalam hantaran tersebut.
Menerusi komen di hantaran yang sama, beliau mendakwa, tiada sebarang permintaan yang diberikan oleh mana-mana pihak agar tidak mendedahkan gambar pertemuan tersebut seperti yang dinyatakan oleh Tuan Ibrahim.
“Lagipun kenapa takut untuk mendedahkan pertemuan yang punya niat yang baik? Tiada apa yang perlu dirahsiakan melainkan Pas takut rakannya Bersatu marah sebab jumpa kembali dengan UMNO secara senyap-senyap!” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 17 2022

ASYRAF WAJDI: Allah menjadi saksi, ramai juga menjadi saksi bahawa saya tidak merapu dan tidak menipu, jauh sekali memungkiri sebarang janji. - Gambar fail

Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara
Nurul Izzah sebelum ini pernah melaksanakan kajian kemiskinan multidimensi Permatang Pauh yang dapat menyumbang kepada indeks kemiskinan negara.

Kanak-kanak patah tangan jatuh tingkat 11
Seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke kejadian bagi operasi menyelamat.

Shahril sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO - KJ
Bagaimanapun perkara itu tidak akan berlaku berikutan Shahril telah digantung keahlian parti tanpa melalui proses yang sewajarnya.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007168/34651833521675039409896_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Hakim Rahman.

Zambry yakin isu dua hala Malaysia-Singapura dibincang dalam konteks konstruktif
Antara isu berkaitan termasuk 'Maritime Boundary Delimitation', 'Flight Information Region' dan juga melibatkan beberapa hal lain.

Aberdeen ambil masa 19 minit pecat Goodwin
Sebelum ini, Aberdeen diaibkan kelab Divisyen Enam, Darvel dalam saingan pusingan keempat Piala Scotland pada Selasa.

Penduduk Taman Seri Kemuning Indah resah insiden tanah runtuh
Situasi itu semakin membimbangkan penduduk kerana ia berhampiran rumah mereka selain faktor hujan sejak kebelakangan ini.

Sukan Asia Hangzhou 2022 ikut jadual
Chong berkata, tuan rumah, China sudah bersedia untuk menganjurkan temasya sukan terbesar di Asia itu.

Jiwa SME | Menawarkan perkhidmatan dakwah dalam talian
Aspek keagamaan antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam terutama golongan yang sibuk bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk menuntut ilmu atau mendalami agama. Tuntutan agama seperti membaca Al Quran, mempelajari kaedah solat yang betul, pengurusan pentadbiran pejabat mengikut syarak antara bidang yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam khususnya mereka yang tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas fardu ain atau kelas membaca Al Quran. Atas alasan itu, seorang anak muda , Mohd Amar Mirzan Abd Kadir Jailani, 29 tahun menubuhkan dakwah digital network yang dikenali BeDaie.

Tapak perkhemahan: Selangor ambil kira kepentingan semua pihak
Panduan itu merangkumi kategori tapak perkhemahan, perancangan dan kelulusan tapak aktiviti perkhemahan.

PAU2022: Pengundi hantu tuduhan fitnah, video tular ialah Skuad Sabil - Ahmad Maslan
Ahmad Maslan telah meminta Pengerusi Tetap untuk mengarahkan keluar sekiranya terdapat bukan ahli perwakilan di dalam dewan.

PAU2022: Asyraf tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda UMNO
Keputusan tersebut dibuat bagi memberi laluan kepada muka baharu menerajui kepimpinan parti.

PAU2022: Kemenangan PN tidak mendapat keberkatan - Pemuda UMNO
PN menang besar pada PRU15 dengan cara salah dan tidak diredhai Tuhan, kata Asyraf Wajdi.

PAU2022: Penyertaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan rencana Allah - Asyraf Wajdi
Penyertaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi wajar disokong sepenuhnya.

PAU2022: Singkir 'pengkhianat' parti! - Pemuda UMNO
Individu berkenaan disifatkan sebagai gunting dalam lipatan, yang didakwa hanya mengutamakan diri berbanding parti.

Pasca PRU15: Tiada agenda pecat Zahid dalam mesyuarat MKT UMNO - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi menafikan dakwaan yang mengatakan Mesyuarat Khas MKT UMNO pada malam Rabu diadakan bagi membincangkan agenda pemecatan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

PRU15: Gerik perlu fasiliti ibu bersalin segera - Asyraf Wajdi
Selain itu, turut dibangkitkan adalah kemudahan jalan raya Gerik-Jeli termasuk jalan kampung yang perlu ditambah baik.

PRU15: Cadangan KJ sebagai TPM perlu melalui mesyuarat - Asyraf Wajdi
Exco Pemuda UMNO mencadangkan Khairy dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) sekiranya Barisan Nasional menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Tiada keperluan bawa jentera luar - Asyraf Wajdi
Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengakui terharu apabila ahli akar umbi parti itu menerimanya sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Gerik untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PRU15: UMNO Gerik tak boikot Asyraf Wajdi, patuh dan walak keputusan pimpinan
UMNO Gerik tidak bantah dan boikot Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bertanding di Parlimen Gerik pada PRU15.