KUALA LUMPUR:Tan Sri Annuar Musa akan mengadakan sidang media pada pukul 2 petang esok di pejabat Kementerian Wilayah Persekutuan susulan pemecatan beliau sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN).
Menteri Wilayah Persekutuan itu mengesahkan perkara tersebut dalam satu ciapan di Twitter.
Beliau juga memohon maaf kerana tidak dapat memberi reaksi kepada pihak media berhubung isu pemecatannya hari ini.
“Saya harap semua bertenang dan jangan terburu-buru. Jaga perpaduan. Jaga persaudaraan. Jaga juga sentimen,” kata Annuar dalam ciapan itu.
BACA: Annuar Musa dipecat serta-merta sebagai Setiausaha Agung BN
BACA: Annuar Musa tidak dipecat, beliau diganti - Ahmad Maslan
Ahli Parlimen Ketereh itu turut berkongsi gambar beliau bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ciapan sama.
Sebelum itu, beliau juga memuat naik gambar tangkap layar mesej yang dihantar kepada Zahid menerusi aplikasi WhatsApp.
Kata Annuar dalam mesej itu, beliau dimaklumkan mengenai pemecatannya menerusi media.
Pada Selasa, Annuar Musa dilucut daripada jawatan Setiausaha Agung BN yang diganti oleh Datuk Seri Ahmad Maslan.
Menurut sumber daripada UMNO, keputusan itu dibuat oleh Zahid dalam satu mesyuarat.
BACA: MCA terkilan pemecatan Annuar Musa, pelantikan jawatan BN perlu diputus secara konsesus
Astro Awani
Tue Jan 05 2021

Tan Sri Annuar Musa mengesahkan akan mengadakan sidang media esok menerusi satu ciapan di Twitter. - Gambar BERNAMA

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Peniaga didakwa tipu jual beli kereta
Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Pan Gon puji padang Stadium Sultan Ibrahim
Kim Pan Gon berkata, keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT.

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini.

Amalan 'Little Napoleon' tak serius, tidak jejas penyampaian perkhidmatan - Cuepacs
'Little Napoleon' merujuk kepada penjawat awam bawahan yang berada di sesuatu kedudukan tetapi berlagak seolah-olah begitu berkuasa.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Bekas juruteknik mengaku tidak bersalah tujuh pertuduhan rasuah berkaitan permit kerja
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dan seorang penjamin tempatan serta perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Jangan sebab amarah, 'dibunuh' periuk nasi 60 orang - Sharnaaz
Sharnaaz merasakan tindakan tersebut tidak wajar kerana para pelakon serta kru belakang tabir telah berusaha keras untuk menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.

Angkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa
Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan alNeyadi, menyambut bulan Ramadan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London
Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

Pas terbuka terima Annuar Musa, bekas pemimpin UMNO itu disifatkan berwibawa - Abdul Hadi
Pas dengan tangan terbuka menerima bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa untuk menyertai parti Islam itu.

Annuar Musa mahu kembali berpolitik, sedia sertai parti yang selari prinsip
Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu harap ada parti yang sudi menerimanya sebagai ahli biasa.

Dr Mahathir akan jumpa MN bincang hala tuju NGO Melayu
Dalam perjumpaan itu nanti, keduanya akan berbincang mengenai hala tuju NGO Melayu dan usaha mengukuhkan penyatuan orang Melayu.

Langkah pembersihan hanya hasilkan lebih banyak kotoran - Annuar Musa
Tindakan dilakukan parti berkenaan pada Jumaat itu hanya akan menghasilkan lebih banyak kotoran.

Bekas menteri, Zuraida dan Mohd Redzuan dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional
Dua bekas menteri, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dilantik sebagai Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN).

Isu Menara KL: Annuar Musa ambil tindakan undang-undang terhadap 3 individu
Annuar yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata beberapa hantaran di media sosial telah menjejaskan imej dan reputasinya.

MN tidak akan didaftarkan sebagai parti politik - Annuar
Perkara tersebut tidak akan berlaku ekoran enggan melihat lebih banyak parti yang memecahbelahkan orang Melayu.

Kementerian sedia bekerjasama jika penjualan saham Menara KL disiasat - Fahmi Fadzil
Kementerian Komunikasi dan Digital bersedia untuk bekerjasama jika pihak berkuasa menyiasat pengambilalihan Mnenara KL.

Annuar hormati keputusan personaliti tarik diri sertai MN
Kata Annuar, pendukungnya perlu komited, istiqamah dan reda serta ikhlas dalam berkhidmat.

'Lebih baik saya neutral'- Jamal Abdillah tarik diri dari Muafakat Nasional
Penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah memaklumkan menarik diri dari menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Nasional (MN) atas faktor prinsip yang disifatkan tidak sesuai dengan dirinya.