awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok perkenal GamePlan untuk peminat sukan
Pengguna iPhone 17 Pro lapor isu bunyi 'siulan' semasa mengecas
JKM Sarawak sedia hadapi banjir - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir akan jumpa MN bincang hala tuju NGO Melayu

Bernama
Bernama
11/02/2023
05:38 MYT
Dr Mahathir akan jumpa MN bincang hala tuju NGO Melayu
Pada Jumaat, Dr Mahathir mengumumkan keluar daripada Parti Pejuang Tanah Air bersama 12 lagi ahli, susulan tindakan parti itu memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air. - Gambar fail
KOTA BHARU: Muafakat Nasional (MN) dijangka mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad minggu depan.
Ahli Majlis Dewan Tertinggi MN Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata dalam perjumpaan itu nanti, Presiden MN Tan Sri Annuar Musa akan berbincang dengan Dr Mahathir berhubung hala tuju pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu, dan usaha mengukuhkan penyatuan orang Melayu.
"Perjumpaan ini penting kerana Tun Dr Mahathir (pernah) berkata kita kena duduk semeja dan perlu menganjurkan penyatuan dan perpaduan secara total di negara ini," katanya kepada pemberita selepas Wacana Muafakat Nasional bertajuk 'Muafakat Demi Negara' di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan Melor, di sini semalam.
Antara panel yang hadir pada wacana itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Pendakwah serta Penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
BACA: 'Muafakat Nasional terima lebih 10,000 ahli selepas beberapa jam dibuka' - Annuar
BACA: Tun Mahathir tinggalkan Pejuang bersama 12 lagi ahli
BACA: MN tidak akan didaftarkan sebagai parti politik - Annuar
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Khairuddin Abu Hassan
#Mahathir Mohamad
#NGO Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan