awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir terdesak untuk bergantung kepada DAP - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
07/05/2017
09:08 MYT
Dr Mahathir terdesak untuk bergantung kepada DAP - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata bekas perdana menteri itu jelas membuat pusingan U kerana sebelum ini beliau lantang mengkritik DAP sebagai sebuah parti perkauman yang membawa fahaman sempit.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam keadaan terdesak sehingga memerlukan DAP sebagai tempat untuk bergantung harap.
Ismail Sabri berkata bekas perdana menteri itu jelas membuat pusingan U kerana sebelum ini beliau lantang mengkritik DAP sebagai sebuah parti perkauman yang membawa fahaman sempit.
Tidak sesiapa pun menyangka Dr Mahathir boleh membuat pusingan U sebegitu, namun demi kelangsungan kepentingan politik peribadi beliau dan anaknya, beliau sanggup berbuat apa sahaja, katanya.
"Jadi untuk beliau boleh menumpang dalam pakatan pembangkang, beliau terpaksalah buat apa sahaja termasuk membuat pusingan 360 darjah memuji Penasihat DAP Lim Kit Siang yang dahulu lantang dikritiknya," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Ping Pong Terbuka Piala Pusingan Ahli Parlimen Bera di Dewan Rakan Muda Bera di sini, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berpendapat tindakan itu dibuat kerana Dr Mahathir melihat DAP mempunyai kerusi paling banyak berbanding dengan parti lain dalam pakatan pembangkang.
"Betullah Dr Mahathir mudah lupa... beliau sudah lupa apa yang beliau cakap dahulu... mungkin beliau sudah lupa segala-galanya," katanya ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam semasa menghadiri majlis makan malam anjuran DAP di Gelang Patah, Johor.
Dr Mahathir dilaporkan sebagai beliau berasa selesa bekerja dengan parti itu berbanding mana-mana parti pimpinan kerajaan ketika ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Mahathir Mohamad
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan