awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LKIM salur bantuan kepada 49 nelayan keseluruhan berjumlah RM93,600
Kerajaan kaji penyaluran bantuan Sejahtera MADANI pelajar sekolah menengah
Inisiatif bas sekolah percuma akan diperluaskan - Abang Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Muhamad Akmal akur keputusan Ahmad Zahid, Ab Rauf

Bernama
Bernama
12/01/2026
11:55 MYT
Dr Muhamad Akmal akur keputusan Ahmad Zahid, Ab Rauf
Dr Muhamad Akmal, dalam satu hantaran di laman sosial Facebook berkata hasrat dan isi hatinya telah diluahkan kepada Ab Rauf di Pejabat Ketua Menteri petang ini. - Foto BERNAMA
MELAKA: Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata beliau akan akur dengan keputusan dibuat oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhubung kedudukan jawatan disandangnya ketika ini.
Ini kerana kedua-dua pihak terlibat sebelum ini telah memilih beliau untuk bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.
"Insya-Allah, kita tunggulah... sebab apapun saya percaya, kuasa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka adalah kuasa beliau memilih saya sebagai seorang Exco, maka saya perlu akur dan juga perlu ikut apa yang telah diperkatakan.
"... dan kuasa Presiden (UMNO) adalah seorang presiden parti yang telah memilih saya untuk mewakili parti bertanding pada pilihan raya (negeri), jadi ini dua insan yang perlu saya dapatkan persetujuan dan untuk saya dapatkan pandangan sebelum saya umum apa-apa," katanya ketika ditemui di luar Pusat Mediasi Mahkamah Melaka di sini hari ini.
Beliau menghadiri proses mediasi berkenaan susulan kes saman fitnah difailkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok terhadapnya pada 2024.
Sementara itu, Dr Muhamad Akmal, dalam satu hantaran di laman sosial Facebook berkata hasrat dan isi hatinya telah diluahkan kepada Ab Rauf di Pejabat Ketua Menteri petang ini.
Beliau berkata Ab Rauf adalah individu bertanggungjawab memperkenalkan perjuangan UMNO kepada dirinya sejak beliau masih menjadi pemimpin mahasiswa dan banyak mengajarnya mengenai dunia kepimpinan dan perjuangan.
"Terima kasih bang, jasa dan ilmu yang abang berikan tidak mampu saya balas satu persatu. Saya berbangga dapat berkhidmat bersama," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Dr Muhamad Akmal memberi bayangan untuk berundur daripada dua jawatan disandangnya ketika ini selepas gesaan supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan mendapat reaksi negatif daripada Ahmad Zahid.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Pemuda UMNO
#Muhamad Akmal Saleh
#Ahmad Zahid Hamidi
#Ab Rauf Yusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan