Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau akan terus mempertahankan jawatan yang dipegangnya ketika ini menjelang pemilihan parti yang dijadualkan akhir bulan hadapan.
Namun, ujar Timbalan Perdana Menteri itu, keputusan tersebut masih tertakluk kepada perbincangan dengan suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya penyandangnya dan akan ada pemilihan parti. Setakat ini belum ada keputusan sama ada saya harus bertanding atau tidak, jadi, saya rasa saya akan bertanding.
“Tetapi ia terpulang kepada mesyuarat pemimpin tertinggi, suami saya ialah Ketua Umum, lebih tinggi kedudukannya dari presiden. Jadi, kita kena bincang,” katanya ketika ditemui media sewaktu Majlis Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, di sini, hari ini.
Sementara itu, Dr Wan Azizah turut menafikan wujudnya dua kem atau puak dalam kalangan ahli parti itu melibatkan beliau dan suaminya bagi pemilihan parti tersebut.
Sebaliknya, kata beliau, Anwar serta anggota lain bergerak seiring dalam satu kem.
"Mana ada kem-kem, tak ada… kami satu kem," katanya.
Baru-baru ini Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution dilaporkan mendakwa wujud dua puak dalam parti dengan satu pihak mahu Dr Wan Azizah dikekalkan sebagai presiden manakala satu lagi mahu beliau berundur dan memberi laluan kepada Anwar.
Berhubung kedudukan speaker Dewan Rakyat, Dr Wan Azizah berkata satu mesyuarat peringkat tertinggi Pakatan Harapan akan diadakan dalam masa terdekat bagi memutuskan senarai akhir calon untuk dicadangkan kepada Parlimen.
Katanya, senarai awal nama calon daripada PH telah diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk diteliti.
"Kita memang dah mesyuarat hari itu dan akan buat perjumpaan antara PH pada peringkat tertinggi. Selepas itu, kita akan buat keputusan kerana diperlukan nama cadangan untuk speaker sebelum pembukaan Parlimen dalam masa seminggu lagi," tambahnya.
Mesyuarat pertama Dewan Rakyat akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 17 Julai ini.
Firdaus Azil
Sun Jul 08 2018
Dr Wan Azizah beramah mesra bersama orang ramai pada rumah terbuka DUN Kajang di sini, hari ini. --fotoBERNAMA
Mat Yo, Safee Sali harap Faisal Halim dapat kembali beraksi di padang
Mat Yo mendoakan rakan seperjuangannya, Faisal Halim diberi kesembuhan dan dapat beraksi semula di padang di masa akan datang.
Hospital Abu Youssef Al-Najjar pindah operasi
Peningkatan operasi ketenteraan Israel di Rafah memaksa pemindahan operasi Hospital Abu Youssef Al-Najjar. Hospital itu merupakan pusat perubatan utama yang menerima dan merawat mangsa serangan udara di Rafah sejak beberapa minggu lalu.
Usaha berterusan menyelamatkan mangsa banjir di Brazil
Pihak berkuasa Brazil menggandakan usaha menyelamatkan mangsa banjir yang masih terkandas di selatan Rio Grande Do Sul.
Qatar kutuk serangan Israel, gesa dunia bertindak
Qatar terus mengutuk serangan Israel ke atas Rafah dan menggesa masyarakat antarabangsa bersatu dalam menghentikan kekejaman itu.
Laluan Monorel kini kembali beroperasi seperti biasa
Perkhidmatan Monorel yang sebelum ini tergendala akibat insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail pada Selasa, kini kembali beroperasi seperti sedia kala bermula jam 5 petang Rabu.
Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja pembersihan dan baikpulih yang dijalankan oleh pihak bersama dengan pihak berkuasa tempatan telah berjaya diselesaikan pada jam 5.55 pagi tadi.
Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja pembersihan dan baikpulih yang dijalankan oleh pihak bersama dengan pihak berkuasa tempatan telah berjaya diselesaikan pada jam 5.55 pagi tadi.
[TERKINI] Situasi semasa keadaan Faisal Halim
Ridauddin Daud membawakan perkembangan semasa keadaan Faisal Halim yang mengalami kecederaan serius selepas disimbah asid dalam kejadian pada Ahad lalu.
Nahas helikopter Lumut: Laporan awal diterbitkan esok - Fahmi
Laporan awal yang melibatkan nahas dua helicopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya dijangka akan diterbitkan esok.
Kasino Forest City: Siasatan terhadap Bloomberg bukan atas arahan kerajaan - Fahmi
Siasatan yang dikenakan terhadap wartawan Bloomberg berhubung laporannya tentang penubuhan kasino di Forest City itu bukan atas arahan kerajaan, tegas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Laporan awal dijangka akan diterbit esok
Laporan interim nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya, bulan lalu akan diterbitkan esok.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan membuat kenyataan mengenai perkara berkenaan.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan membuat kenyataan mengenai perkara berkenaan.
Kes Faisal Halim: Polis siasat, kenal pasti siapa Muhammad Imran Suresh
Polis sedang mengenal pasti pemilik media sosial dikenali Muhammad Imran Suresh susulan kenyatannaya mengenai kejadian simbah asid membabitkan tonggak skuad Selangor FC, Faisal Halim.
PM Anwar dijangka tiba di sempadan Rafah Jun ini, hantar bantuan ke Gaza - Nik Nazmi
Misi tersebut bukti komitmen dan keseriusan Kerajaan dalam membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi kesengsaraan akibat perang di Gaza.
NACP: Ketirisan RM277 bilion dalam 5 tahun sangat menggemparkan - PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun seperti yang didedahkan SPRM adalah angka yang menggemparkan, kata Anwar.
Landskap ekonomi negara lebih baik jika penjawat awam cekap, pantas laksana tugas - PM
Sekiranya semua penjawat awam mengamalkan cekap dan pantas dalam tugas seharian, Malaysia akan jadi perhatian dunia, kata Perdana Menteri.
Perdana Menteri akan bertemu Petronas untuk bincang mengenai projek di Pengerang
Beliau berkata terdapat satu lagi aspek yang perlu dibincangkan berhubung komitmen Saudi Aramco memperluas fasiliti di Pengerang.
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 berlangsung hari ini
Tema persidangan 'Kesatuan Dalam Kepelbagaian', sangat penting memandangkan ia satu daripada isu mendesak pada masa ini.
DSA dan NATSEC Asia 2024 diunjur jana limpahan ekonomi berjumlah RM700 juta
1,324 syarikat dari 60 negara menyertai DSA dan NATSEC Asia 2024 mulai 6 hingga 9 Mei, meliputi keluasan 48,000 meter persegi ruang pameran.
PM Anwar mahu Jabatan Imigresen bergerak sebagai satu pasukan mantap
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Jabatan Imigresen bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dengan niat ikhlas untuk membawa perubahan.
Isu kasino Forest City: Polis rekod keterangan petugas portal bahasa Inggeris
Polis merakam keterangan seorang petugas media sebuah portal berbahasa Inggeris bagi membantu siasatan berhubung penerbitan artikel mengenai kasino di Forest City.
Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar
Syed Saddiq dan tiga pengundi memfailkan permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung tindakan pemberhentian peruntukan untuk Parlimen Muar.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.