awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini

Bernama
Bernama
11/03/2025
05:06 MYT
Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini
Presiden dan Naib Canselor UNISEL Prof Emeritus Datuk Mohammad Redzuan Othman dan Setiausaha Organisasi DAP Selangor Tiew Way Keng mengangkat sumpah hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.
Mereka ialah Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) Prof Emeritus Datuk Mohammad Redzuan Othman dan Setiausaha Organisasi DAP Selangor Tiew Way Keng.
Kedua-duanya dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berkuat kuasa 26 Feb lepas hingga 25 Feb 2028.
Awang Bemee dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Mohammad Redzuan dan Tiew atas pelantikan baharu itu.
"Pelantikan ini berlandaskan Perkara 45(1)(a) yang memperuntukkan setiap negeri memilih dua ahli untuk menganggotai Dewan Negara supaya mereka ada suara di badan legislatif tertinggi di Malaysia yang berperanan menyemak serta mengimbang pihak eksekutif dan Dewan Rakyat berasaskan prinsip pengasingan kuasa," katanya.
Beliau berkata kedua-dua Senator berkenaan akan berpeluang menyertai perbahasan 10 Rang Undang-Undang (RUU) dan satu pindaan RUU Perlembagaan yang memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Dewan Negara.
"Dengan pelantikan dua (Senator) baharu ini kita ada 58, jadi dua pertiga adalah 39 ahli mesti menyokong sekiranya pindaan itu hendak diluluskan Dewan Negara.
"Selamat menggalas amanah dan menjalankan tugas kepada kedua-dua ahli Yang Berhormat Senator baharu ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angkat sumpah
#jawatan Senator
#Dewan Negara
#Mohammad Redzuan Othman
#tiew way keng
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan