awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar kelahiran Jepun 2025 dijangka cecah paras terendah dalam sejarah
Suspek kes letupan di Nilai direman seminggu
Persiapan bekalan daging Ramadan, Aidilfitri 2026 sudah bermula - Mohamad Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua bekas Adun DAP, Paul Yong dan A Sivasubramaniam sertai Bersatu - Laporan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
05/03/2021
04:43 MYT
Dua bekas Adun DAP, Paul Yong dan A Sivasubramaniam sertai Bersatu - Laporan
Kedua-dua ADUN itu keluar parti pada Mac lalu dan menyatakan sokongan kepada PN.
KUALA LUMPUR: Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak dari DAP dilaporkan secara rasmi sudah menyertai Perikatan Nasional (PN).
Adun Tronoh, Paul Yong dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam yang menang atas tiket Pakatan Harapan (PH) dikatakan kini menjadi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Kedua-dua Adun itu keluar parti pada Mac lalu dan menyatakan sokongan kepada PN.
Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin mengesahkan penyertaan Yong dan Sivasubramaniam, seperti dilaporkan Malaysiakini pada Jumaat.
BACA: 2 ADUN DAP, 1 Amanah Perak isytihar keluar parti
Menurut Zainol, permohonan kedua-dua mereka telah diserahkan sebelum ini dan persetujuan untuk menerima mereka dicapai pada Disember lepas.
Yong kini menjadi anggota Bersatu Batu Gajah sementara Sivasubramaniam di Ipoh Barat.
Sebagai bukan Bumiputera, kedua-dua Adun itu akan menjadi sebahagian daripada sayap anggota bersekutu Bersatu.
Astro AWANI pada 28 Februari lepas melaporkan dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti itu dan menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BACA: 2 MP PKR sah keluar parti, nyata sokongan kepada Muhyiddin
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong kini menjadi ahli Parlimen bebas.
Ia berlaku sehari selepas tiga Adun dari Parti Amanah Negara (Amanah) dilaporkan menyertai PKR.
Sng dan Choong menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu pertemuan di Pejabat Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#PPBM
#Bersatu
#Muhyiddin Yassin
#DAP
#PKR
#Pakatan Harapan
#PH
#Parti Amanah Negara
#Amanah
#Perdana Menteri
#PM
#Paul Yong
#ADUN
#Tronoh
#Buntong
#Ipoh
#Parlimen
#A Sivasubramaniam
#Adun PKR
#Politik Malaysia
#Berita Terkini
#berita Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan