awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua DUN di Pahang berubah kawasan, DUN Kuala Sentul bakal 'lenyap'

Bernama
Bernama
15/09/2016
23:06 MYT
Dua DUN di Pahang berubah kawasan, DUN Kuala Sentul bakal 'lenyap'
Menerusi notis kajian persempadanan yang dipamerkan di pejabat SPR Pahang di Kuantan, DUN Kuala Sentul yang terletak di bawah kawasan Parlimen Maran sebelum ini bakal 'lenyap'.
Dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang bakal diubah nama dan kawasannya menerusi persempadanan semula yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Menerusi notis kajian persempadanan yang dipamerkan di pejabat SPR Pahang di Wisma Persekutuan di sini pada Khamis, DUN Kuala Sentul yang terletak di bawah kawasan Parlimen Maran sebelum ini bakal 'lenyap'.
Dua daripada lapan pusat daerah mengundinya (PDM) iaitu Jengka 1 dan Sungai Jerik akan dimasukkan ke DUN Jengka, manakala enam lagi PDM iaitu Felda Ulu Jempol, Jengka 2, Jengka 3, Jengka 4, Jengka 5 dan Kampung Kuala Sentul akan diletakkan di bawah DUN Luit Parlimen Maran.
Sebagai gantian, DUN Kuala Sentul akan digantikan dengan DUN Jengka yang sebelum ini terletak di bawah Parlimen Kuala Krau.
Untuk rekod, DUN Kuala Sentul kini disandang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Datuk Shahaniza Shamsuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang setelah menewaskan calon PKR pada pilihan raya umum ke-13 dengan majoriti 3,293 undi.
Selain itu, sebahagian daripada DUN Kuala Semantan yang kini di bawah Parlimen Temerloh disyor menjadi DUN Paya Pulai dengan mempunyai sebanyak 11,229 pemilih berdaftar dan disyorkan diletakkan di bawah Parlimen Kuala Krau.
Jurucakap SPR Pahang juga memaklumkan tiada perubahan bilangan kawasan Parlimen dan DUN di negeri ini, manakala jumlah pengundi yang diwartakan di negeri ini sehingga 13 Mei lalu ialah sebanyak 740,023 orang.
Sementara itu, Shahaniza yang dihubungi malam ini enggan mengulas tentang syor persempadanan semula oleh SPR itu dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat penilaian nanti. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Undangan Negara
#DUN Jengka
#Kuala Sentul
#persempadanan semula
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan