awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua ketua bahagian Bersatu dipecat serta-merta

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/11/2025
10:28 MYT
Dua ketua bahagian Bersatu dipecat serta-merta
Suhaimi Mohd (kiri) dan Mohd Shukor dipecat, berkuat kuasa serta-merta.
KUALA LUMPUR : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memecat Ketua Bahagian Sepang, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali dan Ketua Bahagian Puchong, Mohd Shukor Mustaffa, berkuat kuasa serta-merta.
Dalam satu notis, Pengerusi Lembaga Disiplin parti, Datuk Mohd Radzi Manan memaklumkan, kedua-dua mereka dipecat kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.
"Keputusan dibuat selepas pihak Lembaga Disiplin menerima aduan bertulis daripada ahli parti terhadap responden berkenaan.
"Sehubungan itu, Lembaga Disiplin mengambil tindakan menyiasat aduan serta memanggil responden untuk satu sesi pendengaran pada 30 Oktober 2025 dan seterusnya membuat keputusan selaras dengan Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu," katanya.
Walau bagaimanapun, notis itu memberitahu, kedua-dua mereka berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan parti untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis tersebut dikeluarkan.
Mohd Radzi berkata, responden yang dipecat keahlian terlucut semua jawatan yang disandang dalam parti dan hendaklah dikeluarkan daripada senarai ahli Bersatu dengan serta-merta.
Tindakan pemecatan terkini dijangka menambah ketegangan dalam Bersatu, yang kini menghadapi perpecahan berikutan isu pencalonan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai calon Perdana Menteri parti itu.
Pada Oktober lalu, media melaporkan Lembaga Disiplin Bersatu memecat keahlian anggota Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, selain menggantung keahlian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, selama satu penggal.
Empat lagi ahli, iaitu Mohd Azrudin Md Idris (Hang Tuah Jaya), Mohd Faizal Asmar (Pengerang), Mohd Fadhli Ismail (Ipoh Timur) dan Mohd Isa Mohd Saidi (Ampang) turut dipecat.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Bersatu
#isu dalaman Bersatu
#bersatu pecat pemimpin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan