ISKANDAR PUTERI: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini menolak rundingan mengenai cadangan penglibatan wakil rakyat pembangkang sebagai ahli Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD).
Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat memaklumkan seramai 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak bersetuju manakala 27 ADUN bersetuju setelah undian secara rahsia dijalankan selama dua minit.
Terdahulu, Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata kerajaan negeri telah mendapatkan penjelasan Kerajaan Persekutuan dan berdasarkan maklum balas daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, kedudukan ADUN dalam JTPD adalah merujuk kepada ADUN di pihak kerajaan.
Beliau berkata sejak persidangan DUN lepas, cadangan penglibatan wakil rakyat pembangkang dalam JTPD telah dibangkitkan dan susulan itu, pihaknya mengambil inisiatif mendapatkan penjelasan Kerajaan Persekutuan sepertimana Arahan No.1 (2020) daripada ICU Jabatan Perdana Menteri.
"Maklum balas daripada ICU Jabatan Perdana Menteri melalui surat bertarikh 18 Nov 2021 menyatakan bahawa buat masa ini, kedudukan Ahli Parlimen dan ADUN dalam Majlis Tindakan Pembangunan Negeri dan JTPD seperti arahan No.1 2020.
"Menerusi arahan itu, dalam Mekanisme Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Negara adalah merujuk kepada Ahli Parlimen dan ADUN yang sama parti dengan kerajaan," katanya dalam ucapan penggulungan Belanjawan Johor 2022 pada hari terakhir Persidangan Keempat DUN Johor ke-14 di sini hari ini.
Bagaimanapun, Hasni berkata atas semangat sebagai rakan strategik, kerajaan negeri berbesar hati menjemput semua ADUN Pakatan Harapan dalam mesyuarat JTPD sebagai pemerhati yang membawa maksud bahawa mereka akan dijemput hadir pada setiap kali mesyuarat JTPD.
"ADUN pembangkang juga boleh kemuka cadangan secara bertulis kepada pengerusi JTPD bagi daerah masing-masing. Malangnya, perbahasan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelah sana tidak bersetuju sekiranya dijemput sebagai pemerhati malah mempersenda pemerhati sebagai pelawat.
"Oleh itu, kerajaan negeri tiada pilihan lain dan akan mengguna pakai Arahan No. 1 (2020) sepenuhnya," katanya.
Ketika membentangkan Belanjawan 2022 negeri pada 18 Nov lepas, beliau berkata kesemua 56 ADUN termasuk pembangkang akan menerima peruntukan tetap RM200,000 setahun.
Katanya kerajaan negeri juga bersetuju menjemput ADUN pembangkang menyertai mesyuarat JTPD sebagai pemerhati.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini menolak rundingan mengenai cadangan penglibatan wakil rakyat pembangkang sebagai ahli Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD). - Gambar fail/BERNAMA
Kelantan beri kerjasama penuh jayakan sambutan Aidilfitri MADANI
Mohd Nassuruddin berkata satu mesyuarat bersama akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan gerak kerja dan lokasi program berkenaan.
Zendaya hidupkan watak wirawati tenis menerusi filem Challengers
Challengers mengikuti watak Zendaya, seorang bintang tenis yang bercita-cita tinggi yang meninggalkan kerjayanya selepas kecederaan teruk.
PHAM 2024: Tengku Hassanal berkenan sertai pengalaman XR - 'Global Collaboration Village'
Kehadiran Pemangku Raja Pahang itu adalah bersempena dengan Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024 dan Mesyuarat Tahunan ke-6 (PHAM 2024).
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat - MetMalaysia
Ketinggian letusan yang dicerap, adalah sehingga 55,000 kaki, dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
Narendra Modi, pembangkang tamat kempen Pilihan Raya India
Menuju pilihan raya umum, Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin parti pembangkang utama Kongres Rahul Gandhi dan Priyanka Gandhi menamatkan kempen pada Rabu.
Kes kematian di Indonesia meningkat
Kes kematian akibat demam denggi di Indonesia semakin membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan 179.4 peratus bersamaan 475 mangsa berbanding 170 nyawa terkorban dalam tempoh sama, tahun lalu.
DUN Johor kutuk tindakan Israel sambung serangan ke atas Gaza
DUN Johor kutuk tindakan kejam zionis setuju dengan gencatan senjata (disifatkan) muslihat untuk mendapatkan pembebasan tawanan Israel di Gaza.
DUN Johor, MB ucap tahniah pelantikan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Sukan Bangsa Johor diadakan di semua DUN Ogos ini
Empat acara sukan akan dianjurkan iaitu sepak takraw, futsal, bola keranjang dan pertunjukan sukan kavadi.
Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Johor ditubuh
Cadangan penubuhan jawatankuasa itu telah dibahaskan selama lima hari bermula 19 Mac lepas dengan membabitkan kesemua 56 ADUN.
Banjir Johor: Tiga fasiliti kesihatan masih tidak beroperasi
Dua fasiliti kesihatan tidak selamat beroperasi iaitu Klinik Desa Kundung Ulu, Tangkak dan Klinik Kesihatan Chaah, Segamat manakala Klinik Desa Sri Pandan dalam proses pembersihan.
DUN Johor kini guna istilah pengimbang, ganti pembangkang
Istilah pengimbang, lebih murni, lebih tepat, lebih komprehensif dan lebih futuristik untuk mewujudkan DUN yang lebih berwibawa.
Persidangan DUN Johor sebulat suara lulus Belanjawan 2023
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Ahad sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2023.
DUN Johor ucap tahniah kepada dua ADUN dilantik Menteri, Timbalan Menteri
Perkara itu dimaklumkan oleh Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi sebelum sesi soal jawab pada persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.
Johor wujudkan hab permotoran di Ayer Hitam
Hab permotoran berkenaan melibatkan pembangunan di kawasan seluas 2.8328 hektar, di atas tanah milik Kementerian Dalam Negeri.
Pasca PRU15: DUN Johor ucap tahniah kepada PN, BN
DUN Johor hari ini mengucapkan tahniah kepada Datuk Azman Nasrudin dan Datuk Seri Mohd Johari Hussain atas kemenangan masing-masing.