KUCHING: Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari bermula 15 hingga 24 Mei.
Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata majlis pembukaan mesyuarat disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud pada 15 Mei.
Beliau berkata tiga Rang Undang-Undang akan dibentangkan iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2022), Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2023) dan Rang Undang-Undang Majlis Kraf Sarawak 2023.
"Kedua-dua Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan ini akan dibentangkan oleh Timbalan Premier yang juga Menteri Kewangan II dan Menteri Ekonomi Baru Kedua, Datuk Amar Doughlas Uggah Embas.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah akan membentangkan Rang Undang-Undang Majlis Kraf Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini hari ini.
Mohamad Asfia berkata 375 soalan akan dibangkitkan pada persidangan itu iaitu 305 soalan bagi jawapan lisan dan 70 soalan untuk soalan bertulis.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023

Mohamad Asfia berkata majlis pembukaan mesyuarat disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud pada 15 Mei. - Gambar fail

Air banjir hanyut kayu balak ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.

Pemandu lori ditetak angkara dendam lama
Dendam disyaki punca seorang pemandu lori cedera akibat ditetak seorang lelaki yang bersenjatakan parang di sebuah rumah di Pandan Perdana, pada Selasa.
Singapura naik tarif air 18 peratus dalam dua fasa
Ketika ini air boleh diminum di Singapura berharga 2.74 dolar Singapura (RM9.40) untuk setiap 1,000 liter atau setiap meter padu, sebelum cukai bagi kebanyakan isi rumah.
Jawatankuasa harmoni diwujudkan semula
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar, jawatankuasa itu akan dianggotai pemimpin-pemimpin agama di negara ini.

Ayda Jebat masih pilih pembedahan Caesarean bersalin anak kedua Disember ini
Menurut Ayda, 31, perkara tersebut turut dipersetujui suaminya, Nabil Mahir dan membuat keputusan tersebut kerana sudah melalui pengalaman serupa yang disifatkan cukup indah.
BN perlu menang, bina keyakinan menuju PRU16
Jelas Mohamad, begitu pun kemenangan BN pada PRK DUN Pelangai tidak boleh menjadi ukuran kepada kekuatan gabungan tersebut.

Wanita parah dihempap pokok ketika mandi air terjun
Seorang wanita cedera parah manakala dua lagi rakannya mengalami cedera ringan selepas dihempap pokok ketika mandi di Air Terjun Batu Bertenggek pada Khamis.

JBPM rancang tempatkan helikopter di Sabah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam perancangan untuk proses perolehan helikopter untuk ditempatkan di Sabah.
AWANI Ringkas: Caj transaksi 1 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mengapa syarikat penerbangan tidak boleh bekerjasama? - Tony Fernandes
Syarikat penerbangan disaran menjalin kerjasama agar dapat memacu sektor pelancongan yang berperanan besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Tun Taib hadir sambutan Maulidur Rasul Sarawak
Kali terakhir Taib menghadiri majlis rasmi adalah empat bulan lalu iaitu pada 21 Mei 2023 di Tebingan Sungai Kuching untuk Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan

Tun Taib kembali ke Kuching
Tun Abdul Taib Mahmud sebelum ini bercuti di ibu negara Turki tersebut sejak dua bulan lalu, sebelum menjalani prosedur rawatan lanjutan kanser usus yang pernah dihidapinya.

Asfia pangku TYT Sarawak bermula esok
Asfia akan mengangkat sumpah jawatan pemangkuan pada jam 4.00 petang esok Bilik Menghadap Utama Astana Negeri di Petra Jaya.

Injunksi anak Taib Mahmud terhadap ibu tiri: Mahkamah tetap 4 Sept untuk sebutan
Mahkamah juga memerintahkan defendan pertama memfailkan dan menyerahkan afidavit balasan selewat-lewatnya pada 25 Ogos.

Poster tular berkait TYT Sarawak bukan daripada Astro AWANI
Pihak Astro AWANI juga memohon maaf kepada keluarga Yang Dipertua Negeri Sarawak atas perkara ini.

Tun Abdul Taib sihat, Astana Negeri Sarawak minta henti tular berita palsu
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, pihak Astana Negeri Sarawak mengesahkan Tun Abdul Taib berada dalam keadaan baik dan sihat, manakala berita yang tular ketika ini adalah palsu sepenuhnya.

Pengurusan kes permohonan anak Yang Dipertua Negeri Sarawak ditetapkan 15 Ogos
Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai menetapkan tarikh itu selepas mendengar permohonan berkenaan, yang turut menamakan RHB Bank Berhad sebagai defendan kedua dalam tuntutan.

Hubungan erat kerajaan Sarawak dan Persekutuan bawa banyak kebaikan kepada rakyat - Taib Mahmud
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud berkata hubungan erat antara kerajaan Sarawak dan kerajaan Persekutuan akan terus membawa banyak kebaikan kepada rakyat.

DUN Sarawak bersidang lapan hari, tiga RUU dibentang
Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari bermula 15 hingga 24 Mei.

Perdana Menteri dahului senarai penerima anugerah kebesaran Sarawak
Anugerah diberi sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-86 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini.