POLITIK
Empat pemimpin utama PH bersemuka

Kediaman Tun Dr Mahathir dikawal ketat sejak semalam. - Foto Astro AWANI
Pemimpin utama Pakatan Harapan hari ini berjumpa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannjya di Seri Kembangan hari ini.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masuk ke kawasan kediaman ini sekitar jam 10.45 pagi.
Pertemuan keempat-empat pemimpin itu dipercayai bagi membincangkan berkenaan hala tuju pakatan tersebut selepas beberapa siri mesyuarat melibatkan parti politik di negara ini berlangsung semalam.
Malah, para pemimpin Bersatu termasuk Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berjumpa dengan wakil rakyat dari UMNO dan Pas di sebuah hotel di Petaling Jaya semalam.
Dr Mahathir yang dijadual masuk ke pejabatnya sekitar 9.30 pagi telah membatalkan semua mesyuarat yang telah dijadualkan hari ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami