MALAYSIA
Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual

Guru agama, Mohamad Aswadi Yah, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun di Terengganu. -Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki pada Februari lepas.
Ringkasan AI
- Guru agama, Mohamad Aswadi Yah, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun di Terengganu.
- Mahkamah membenarkan jaminan RM18,000 dengan syarat tidak mendekati mangsa dan saksi, dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 November.
- Pertuduhan dibuat di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanin Ayim menawarkan jaminan RM20,000 bagi dua pertuduhan dengan syarat tambahan dilarang mendekati mangsa dan mengganggu saksi pendakwaan.
Peguam Mohd Irwan Sumadi mewakili lelaki itu memohon jaminan minimum kerana Mohamad Aswadi menanggung keluarga termasuk isteri yang menghidap penyakit darah tinggi.
Hakim Wan Nor Aklima Wan Salleh membenarkan jaminan RM18,000 dengan seorang penjamin bagi dua pertuduhan dan menetapkan 5 Nov untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami